Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 21 Februari 2017

Cara Menyuburkan Tanah Kebun Bandar

Antara cara yang dilakukan untuk menyuburkan tanah kebun bandar yang bertanah liat yang bila panas akan keras dan padat manakala bila hujan akan lembik dan melekit.

Kesuburan tanah amat berkait dengan kelembapan tanah. Tanah yang lembab akan cepat menjadi subur berbanding tanah yang kering.

Jadi, untuk menyuburkan tanah, tanah perlulah sentiasa dilembabkan.

1. Membuat longkang dapat menambah kadar penyerapan air ke dalam tanah. Jika tiada hujan, air paip perlulah digunakan.

2. Membuat lubang berdekatan tanaman dan di masukkan air. Tanah liat jika di korek akan didapati bahagian dalam tanah berkeadaan kering, fungsi lubang untuk mendekatkan sumber air ke akar pokok.

3. Menggunakan botol yang ditanam juga dapat menolong melembabkan tanah di bahagian bawah.

4. Tanah bahagian atas boleh dikikis dan dicampur kompos serta sisa kandang dan boleh dijadikan media tanam.

Penggunaan kompos yang berterusan juga lama kelamaan dapat menyuburkan tanah. Berbagai cara pembuatan kompos dapat di lakukan.

1. Yang paling senang ialah kompos menanam iaitu tanam dan tinggal. Kompos di tanam pada jarak tertentu dan lebih baik diberi tanda untuk kemudahan kemudian hari.

2. Kompos peram dimana bahan bahan yang ingin dikompos di gaul bersama tanah didalam bekas.









  21.2.17 : Kebun Bandar selepas hujan

22.3.17 : kompos hasil campuran tanah, rumput , dedaun kering, batang pisang dan juga lebihan tuaian kebun tepi rumah. Hujan dan panas secara berterusan mempercepatkan proses pengomposan.

Rumput rumpai pula perlulah dibersihkan secara berkala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan