Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-Kangkung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-Kangkung. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mei 2025

Raised Bed Adalah Kebun Intensif

Raised bed yang berdinding dimana tanahnya tidak dipijak menjadikan tanahnya longgar.

Memudahkan penyerapan air, baja dan udara ke dalam tanahnya.

Menjadikan raised bed sebagai kebun intensif dimana penanaman boleh dibuat berulang kali tanpa masa rehat yang lama.

Oleh itu, pembajaan sokongan perlu dibuat sebagai penggantian kepada nutrien2 yang telah digunakan.

Jenis tanaman juga boleh bertukar ganti semahunya pekebun itu sendiri.
















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah


Rabu, 24 Januari 2024

Kemas Raised Bed Tebu

Kangkung yang sudah tua dapat diracik dan dijadikan baja hijau atau baja organik kepada tanaman di raised beds.

Ianya juga membantu melonggarkan tanah, sebagai sungkupan dan sebagainya.

Pucuknya boleh diambil manakala buahnya yang masak boleh dijadikan biji benih.

Tanaman berdaun seterusnya dapat juga di tanam nanti seperti bayam hijau.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :






Khamis, 19 Oktober 2023

Tanam Bendi, Tuai Kangkung & Raised Bed

Raised bed adalah rahsia terbuka di mana tanaman dapat tumbuh & membesar dengan baik dan memberikan hasil yang memuaskan.

Raised bed menjimatkan masa dan wang ringgit kerana kelebihan raised bed yang bertindak sebagai tong sampah organik.

Raised bed mempunyai puluhan lagi kebaikannya hanya siapa yang mempraktikkannya dapat mengetahuinya.









Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :








Jumaat, 6 Oktober 2023

Tuai Kangkung Di Raised Bed Bulat

Kangkung di raised bed bulat tepi pagar ni dah tua tapi masih bertunas baru dan memberikan hasil yang berterusan.

Namun hari ini kangkung ini akan di tuai buat kali terakhir dan raised bed bulat ini akan dirapikan semula.

Raised bed ini masih belum tahu jenis tanamannya nanti, mungkin pegaga kut kerana raised bed ini utk tanaman kecil.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :


.

Jumaat, 8 September 2023

Tuai Pisang Rastali, Semai Benih Kangkung, Tebu 4 Bulan Dan Raised Bed

Setelah 3.5 bulan dari berjantung, buah pisang rastali akhirnya dah masak di pokok.

Walau ada hanya 4 sisir atau sikat tetapi buahnya besar² dan padat. Buah pisang rastali ini sedap juga di makan segar.

Selain itu buah yang masak ranum juga sangat sedap di buat kuih jemput² atau cekodok.

Pokok tebu makin cantik naiknya di bantu dengan pokok yang di ikat menjadikan batang tebu naik lurus.

Benih kangkung disemai di bahagian tepi raised bed tebu ini untuk memaksimakan penggunaan raised bed ini.













Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan : 





Khamis, 8 November 2018

Tuaian Kangkung Lagi

Tuaian kangkung dan terung telunjuk batas timbun

Perlu dituai secara berkala untuk hasil berterusan dan kesihatan pokok kangkung.

Pokok kangkung yang tua akan menjalar dan mengundang perosak dan penyakit.

Selasa, 30 Oktober 2018

Tuaian Kangkung dan Pucuk Keledek

Bekalan kangkung dan pucuk keledek masih berterusan, sekali tanam, tuai berkali2

Kangkung untuk dikongsi bersama

Pucuk keledek digoreng

Pokok keledek yang merimbun

Kangkung sebelum tuaian lagi

Kangkung selepas tuaian, dalam masa seminggu akan merimbun semula