Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 18 Februari 2018

Kaedah Berkebun Jimat Air Musim Panas

Musim panas menyebabkan pokok terutama di dalam bekas tanaman seperti pasu, beg poli, bekas plastik dan sebagainya cepat kering dan menyebabkan pokok layu atau mungkin mati.

Salah satu kaedah menjimatkan air ialah dengan merendam bekas tanaman ke dalam takung berisi air. Air takung setengah ketinggian bekas tanaman.

Biarkan tanah menyerap air sebanyak mungkin dan kemudian boleh dikeluarkan bekas tanaman tersebut.

Kebaikannya ialah tanah dapat menjadi basah dan kemudiannya lembab secara keseluruhan. Penyiraman secara biasa iaitu dari atas akan membasahkan tanah bahagian atas sahaja manakala kebanyakan air akan keluar melalui rongga2 tanah yang telah sedia ada. Akar tidak mendapat air yang sepatutnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan