Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 26 Februari 2018

Kelebihan Kebun Kampung Berbanding Kebun Bandar

Kebun Kampung yang dimaksudkan disini ialah kebun kampung sebenar yang tiada pagar sempadan malahan batu perenggan pun kadang2 tak dijumpai kerana terkambus atau generasi lama tak sempat mengabarkan lokasinya.


Kebun Bandar adalah perkebunan di Taman Perumahan yang merangkumi rumah2 moden yang kekurangan aset tanah di sekitarnya untuk bercucuk tanam sepuas2nya.

Antara keuntungan tinggal dikampung yang berkaitan perkebunan yang dapat penulis catatkan seperti berikut :

1. Kesuburan Tanah
Tanah kampung yang berusia puluhan malah ratusan tahun dengan dikelilingi oleh berbagai jenis tumbuhan serta ternakan tanpa dapat disangkal amat subur dan sesuai dengan hampir semua jenis tanaman setempat apalagi tanaman sayuran jangkamasa pendek dan sederhana.

2. Keluasan Tanah
Tanah kampung juga lebih luas dan lebar yang dapat memberikan ruang secukupnya untuk berkebun. Disamping itu terdapat banyak tanah rezab seperti sungai, parit, taliair, jalan kampung, rezab hutan yang boleh diusahakan dengan keizinan pemilik. Tanah2 terbiar juga dapat dikenal pasti pemiliknya dengan mudah.

3. Bahan-bahan Asas Perkebunan Tersedia
Bahan-bahan keperluan asas berkebun seperti bekalan air, kompos, sabut kelapa, sungkupan, baja, sistem lindungan hujan, pembuatan petak kebun dan sebagainya amat mudah didapati disekitaran kampung. Daun2 kering yang bertaburan, jerami padi lepas tuaian, sisa makanan dapat dikumpulkan dan dijadikan bahan kompos, batang2 pokok seperti kelapa dan buluh umpamanya dapat dijadikan penghadang batas timbun ( raised bed ). Tinja ayam, itik, kambing, lembu dan seumpamanya dapat di jadikan baja organik percuma. Pendek kata semuanya boleh digunakan semula untuk perkebunan.

Bekalan air juga boleh di dapati dengan mudah atau boleh dibuat kolam atau telaga tanpa terlalu bergantung kepada bekalan air paip atau air hujan semata.



4. Keperluan Untuk Uji Cuba ( Eksperimen )
Kawasan yang lebih luas dan sumber bahan asas yang banyak memungkinkan lebih banyak percubaan menanam berbagai jenis tanaman dapat dibuat. Ini dapat memberikan jawapan terhadap kesesuaian tanah dengan jenis tanaman yang tepat.

5. Sokongan Agensi Kerajaan
Agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, Jabatan Pengairan , Jabatan Veterinar dan sebagainya dapat memberikan khidmat nasihat yang diperlukan.

6. Kemajuan Negara
Kemajuan negara membolehkan sistem perhubungan, telekomunikasi, penghantaran dan sebagainya lebih pantas dengan harga berpatutan. Kelebihan ini membolehkan orang kampung membangunkan sistem perkebunan yang lebih cekap.

7. Teknologi Pertanian
Teknologi pertanian yang berkembang baik untuk pertanian bandar seperti hidroponik, fertigasi, akuaponik, permakultur dan sebagainya dapat di aplikasikan di kampung dengan lebih mudah dan skala lebih besar. Sebaliknya pertanian organik amat sukar di amalkan di bandar kerana kekurangan sumber yang ketara.

8. Lokasi Perkampungan
Kebiasaannya bandar2 yang berpenduduk padat dikelilingi oleh kampung2. Kelebihan ini sepatutnya dapat digunakan untuk memasarkan tanaman dari kebun kampung ke bandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan