Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 30 Mac 2018

Buat Balik Batas Timbun Tanpa Gali

Salah satu keseronokan berkebun sayuran ialah kita boleh menukar layout / tataletak batas kita sesuka hati. Bergantung kepada kreativiti, selain mendapat hasil dapat juga menghilangkan kebosanan.

Pokok pegaga yang cepat merebak telah dituai dan di tanam semula. Begitu juga pokok ulam raja yang tumbuh begitu banyak juga sebahagian telah di tuai, sebahagian dijarak2kan.

Di bahagian sebelah pokok terung, bayam hidup tak hidup sahaja, akan disemai dengan kangkung. Pokok kaduk sudah ada yang bertunas manakala pokok sireh telah mati.

Bahan kompos dan kompos serta tanah hitam di tabur di sekeliling tanaman. Sungkupan daun serai ditabur atas batas.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan