Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 7 Mac 2018

Persepsi Negatif Tentang Rumput Rumpai Di Halaman Rumah

Kebanyakan kita sangat menyampah bila berhadapan dengan rumput2 liar ( ada ka rumput jinak ? ) yang tumbuh di halaman rumah. Biasanya tindakan tegas akan diambil seperti menyangkul, meracun, menyimen dan sebagainya.

Persepsi saya dulu juga begitu, tetapi sejak mula serius berkebun di halaman rumah dan banyak membaca dan beruji cuba, saya rasa tak sabar nak lihat rumput kembali panjang untuk di potong.

Sebabnya :
1. Rumput sebagai penanda tanah sesuai untuk tanaman, kalau tak ada rumput tumbuh di sesuatu kawasan, mesti ada yang tak kena
2. Pelbagai jenis rumput yang dipotong dapat membekalkan pelbagai jenis nutrien kepada tanah bila sudah bercampur dengan tanah. Menjimatkan penggunaan baja kimia.
3. Potongan rumput sebagai sungkupan tanaman, melambatkan kekeringan tanah. Jimat air.
4. Rumput sebagai penutup bumi, mengelakkan larian tanah bila hujan lebat

Dengan hanya beberapa sebab diatas, persepsi saya tentang rumput rumpai bertukar 100%







Tiada ulasan:

Catat Ulasan