Tidak kira landskap / seni taman jalan, perumahan, taman awam, pasaraya dan sebagainya, menggunakan kaedah batas timbun untuk menanam pokok2 bunga terutamanya mungkin boleh dipertimbangkan.
Seringkali landskap / seni taman di jalan2 bandaran terutamanya yang ditanam dengan pokok bunga akan ditumbuhi dengan rumput rumpai dan seringkali perlu diracun, dibersihkan, dibaja, disiram, dipangkas dan lain2 kerja yang menggunakan tenaga buruh terutamanya buruh asing.
Rumput2 yang tidak diurus hanya mencacatkan pemandangan
Mahu tidak mahu, kos perlu dikeluarkan untuk penyelenggaraan landskap / seni taman
Apa kata untuk pokok hiasan selain rumput dan yang sejenisnya, pihak yang berkenaan mencuba kaedah batas timbun. Ianya menjimatkan banyak kos yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih memerlukan.
Struktur binaan landskap / seni taman yang ada sudah menyerupai batas timbun berdinding yang biasa dibuat menggunakan batu bata dan ditambah tanah didalamnya. Apa yang kurang hanyalah penggunaan sungkupan. Mungkin pakar2 landskap / seni taman seMalaysia boleh fikirkan cara dan jenis sungkupan yang sesuai untuk penggunaan di landskap seluruh Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan