Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 8 Disember 2020

Tuaian Buah Durian Belanda | Harvesting Soursop Fruit

Daripada 3 pokok durian belanda yang ada di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ), sepokok sudah berbuah.

Cuma kerana ditanam di tanah laman rumah yang keras dan padat, ianya mengambil masa yang lama untuk membesar, berbunga dan berbuah.

Alhamdulillah kali ini banyak putik yang berjaya menjadi buah. Tidak seperti sebelum ini yang banyak putiknya gugur.

Durian belanda atau soursop merupakan antara buah2an yang mempunyai nilai yang tinggi, harga runcit buah segar / matang boleh mencecah lebih rm20.00/kg.

Buahnya ada yang masam, masam manis dan manis.

Selain di makan segar, buahnya juga boleh dibuat jus, digoreng ( buah tua ) dll. Daunnya boleh dijadikan teh dan pelbagai kegunaan lagi.

Bunganya jenis hermafrodit / dwijantina dan boleh didebungakan sendiri, berbantu secara manual / berus dan teknologi goncangan ( shaker ).

Teknologi goncangan ( shaker ) dapat meningkatkan penghasilan putik buah sehingga 90%, berbanding 40% untuk kaedah manual / berus dan kurang 10% pendebungaan sendiri ( angin, serangga dll ).

Pokok yang sudah lebih 5 tahun ditanam tepi pagar di tanah liat yang keras dan padat.

Pokoknya tidak terlalu besar atau tinggi ( setakat ini )

Buah durian belanda bewarna hijau dan berduri lembut.

Lagi buah durian belanda yang sudah besar.
Bila warna buahnya sudah kekuningan, bolehlah dipetik dan diperam.

Bentuknya tidak seperti jantung yang mungkin berpunca dari pendebungaan tidak sempurna.

Setelah 2 malam diperam, akhirnya buah durian belanda masak.

Isinya putih dan mempunyai biji berwarna hitam

Jus durian belanda segar. Sedap dan menyegarkan.

Video dibawah adalah pokok durian belanda dan buah durian belanda di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).


Selamat berkebun ya ...

Sentiasa sihat & bye ...

#JomTanamSayur
#DurianBelanda
#KebunBandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan