Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 26 Januari 2021

Alihkan Anak Pokok Bendi ke Batas Timbun | Transplanted Okra Seedlings into Raised Bed

Ada sepuluh anak pokok bendi yang tumbuh setelah di semai menggunakan takung set hidroponik.

Pasu kecil yang di masukkan tanah campuran menjadi media tanam. Takung hanya di letakkan air paip sahaja, tanpa baja.

Tanah campuran dapat membantu membekalkan nutrien untuk peringkat awal pertumbuhan.

Boleh juga di letakkan baja butiran atau baja cecair untuk mempercepatkan pertumbuhan anak pokok.

Takung hidroponik bertindak sebagai sistem siraman sendiri ( self watering system ) kepada anak pokok bendi.

Sumbu di gunakan untuk menarik air ke atas / ke media tanam ( tanah ).

Semua anak bendi ini akan dipindahkan ke batas timbun bahagian belakang.

Takung hidroponik sebagai sistem siraman sendiri ( self watering system )

Buat lubang untuk tanam sisa dapur

Tanam sisa dapur di bahagian tengah dan kambus kembali

Buat lubang di bahagian tepi batas timbun

Ada 10 anak pokok termasuk yang kecil

Jarak lebih kurang sajalah

Tabur kulit telur dan di siram sehingga basah

Selamat di tanam di batas timbun 10 anak pokok kacang bendi

Video di bawah adalah proses pemindahan anak pokok kacang bendi ke batas timbun.


Selamat berkebun ...
Stay safe ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Bendi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan