Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-Bendi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-Bendi. Papar semua catatan

Khamis, 12 Jun 2025

Raised Bed Sederhana Pokok Bendi

Raised bed adalah teknik berkebun zaman berzaman yang terbukti berhasil dan mempunyai banyak kelebihan.

Walaupun hanya menggunakan bahan2 asas sebagai dinding, media tanam dan sungkupan, ianya tetap berjaya menghidupkan tanaman di dalamnya.

Raised bed bendi ini asalnya adalah satu raised bed besar yang telah dipecah dua menjadi 2 raised beds.

Satu raised bed ditanam dengan kangkung dan satu lagi dengan bendi ini.

Setelah 2 bulan lebih sedikit dari semaian biji terus ke raised bed, buah bendi mulai membesar dan boleh dipetik.

Raised bed besar pada asalnya

Jadikan 2 raised beds standard

Yang ini untuk bendi

Benih tanam terus ke lubang di raised bed

Hampir semuanya tumbuh

Sungkupan dari sisa² pokok pisang

Semakin membesar

Siraman bila tiada hujan

Membesar dengan baik sekali

Satu pokok mati ... 

Sungkupan yang tebal menghalang tumbuhnya banyak rumput rumpai

Setelah 2 bulan setengah lebih kurang dari semaian biji benih

Dah mula berbunga dan berputik

Lepas ini jenuh makan masakan berasaskan bendi ...

Ada 1,2 atau 3 pokok selubang, tiada penjarangan dibuat

Bendi adalah tanaman " kuat makan", jadi air dan baja amat penting untuk tumbesaran yang baik ... tanah raised bed yang longgar pula memudahkan akar² pokok bendi untuk mendapatkan keperluannya ... wallahu a'lam

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Khamis, 19 Oktober 2023

Tanam Bendi, Tuai Kangkung & Raised Bed

Raised bed adalah rahsia terbuka di mana tanaman dapat tumbuh & membesar dengan baik dan memberikan hasil yang memuaskan.

Raised bed menjimatkan masa dan wang ringgit kerana kelebihan raised bed yang bertindak sebagai tong sampah organik.

Raised bed mempunyai puluhan lagi kebaikannya hanya siapa yang mempraktikkannya dapat mengetahuinya.









Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :








Sabtu, 10 Jun 2023

Benih Bendi Fresh Dari Kebun

Setelah masuk bulan ke 6, 6 pokok bendi di raised bed tropika telah jadi tua dan mulai perlahan berbuah.

Ada beberapa buah bendi tua yang dah kering telah di tuai untuk dijadikan biji benih sebelum pokok bendi ini diganti.

Benih yang baru ini biasanya amat produktif dan peratus percambahannya sangat tinggi.

Benih² ini boleh disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama jika terlalu banyak.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 26 Januari 2021

Alihkan Anak Pokok Bendi ke Batas Timbun | Transplanted Okra Seedlings into Raised Bed

Ada sepuluh anak pokok bendi yang tumbuh setelah di semai menggunakan takung set hidroponik.

Pasu kecil yang di masukkan tanah campuran menjadi media tanam. Takung hanya di letakkan air paip sahaja, tanpa baja.

Tanah campuran dapat membantu membekalkan nutrien untuk peringkat awal pertumbuhan.

Boleh juga di letakkan baja butiran atau baja cecair untuk mempercepatkan pertumbuhan anak pokok.

Takung hidroponik bertindak sebagai sistem siraman sendiri ( self watering system ) kepada anak pokok bendi.

Sumbu di gunakan untuk menarik air ke atas / ke media tanam ( tanah ).

Semua anak bendi ini akan dipindahkan ke batas timbun bahagian belakang.

Takung hidroponik sebagai sistem siraman sendiri ( self watering system )

Buat lubang untuk tanam sisa dapur

Tanam sisa dapur di bahagian tengah dan kambus kembali

Buat lubang di bahagian tepi batas timbun

Ada 10 anak pokok termasuk yang kecil

Jarak lebih kurang sajalah

Tabur kulit telur dan di siram sehingga basah

Selamat di tanam di batas timbun 10 anak pokok kacang bendi

Video di bawah adalah proses pemindahan anak pokok kacang bendi ke batas timbun.


Selamat berkebun ...
Stay safe ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Bendi

Jumaat, 20 April 2018

Semaian Kangkung dan Bendi

Biji benih kangkung dan bendi telah di semai pada batas tepi rumah bahagian belakang

20.4.18 :

25.4.18 :

1.5.18 :

Khamis, 8 Februari 2018

Tuaian Hari Ini

Tuaian kebun bandar hasil tanam sendiri hari ini ialah kangkung batas timbun, kacang kelisa, terung telunjuk dan bendi




Selasa, 6 Februari 2018

Musim Panas Dan Pokok Bendi

Pokok bendi dalam beg poli kecil, kekurangan media tanah, kekurangan nutrien dan air. Pokok bendi memerlukan air yang banyak.

Untuk melambatkan pengeringan tanah, lubang dibuat sekeliling beg poli sekadar boleh membasahkan tanah untuk jangkamasa lebih lama.












Isnin, 5 Februari 2018

Pokok Bendi Sudah Berbuah

Tujuh pokok bendi dalam beg poli telah mula berbuah, cuma pokok dan buahnya kecil kerana kekurangan nutrien




Rabu, 17 Januari 2018

Sistem Siraman / Pembajaan Titis Ringkas

Menggunakan bekas botol air minuman samada kecil atau besar bergantung kepada keperluan tanaman