Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 22 Jun 2021

Gergaji Balas Kuasa Bateri | Battery Powered Reciprocating Saw

Satu set gergaji balas kuasa bateri atau battery powered reciprocating saw telah dibeli untuk memudahkan kerja2 perkebunan.

Termasuk memotong papan dan kayu, memotong dahan pokok, pelepah kelapa dan sebagainya.

Di beli pada 1.5.21 dan sampai pada 4.5.21 dengan pembungkusan yang baik.

Set termasuk :
1. Badan gergaji
2. 2 biji bateri
3. 1 pengecas
4. 5 bilah mata gergaji

Setelah digunakan, antara hasilnya ialah :

1. Gergaji ini perlu menggunakan dua tangan untuk lebih stabil

2. Sesuai untuk pokok berkayu 

3. Sesuai untuk cantasan ( pruning )

4. Sebagai alat tambahan kepada peralatan berkebun

5. Ada aktiviti yang lebih cepat menggunakan parang berbanding gergaji balas kuasa bateri ini

6. Seperti peralatan lain, gergaji ini juga perlu dijaga dengan baik terutama mata, bateri dan pengecasnya

Video di bawah ialah percubaan menggunakan gergaji balas kuasa bateri di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture

Tiada ulasan:

Catat Ulasan