Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-Alatan Perkebunan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-Alatan Perkebunan. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2021

Gergaji Balas Kuasa Bateri | Battery Powered Reciprocating Saw

Satu set gergaji balas kuasa bateri atau battery powered reciprocating saw telah dibeli untuk memudahkan kerja2 perkebunan.

Termasuk memotong papan dan kayu, memotong dahan pokok, pelepah kelapa dan sebagainya.

Di beli pada 1.5.21 dan sampai pada 4.5.21 dengan pembungkusan yang baik.

Set termasuk :
1. Badan gergaji
2. 2 biji bateri
3. 1 pengecas
4. 5 bilah mata gergaji

Setelah digunakan, antara hasilnya ialah :

1. Gergaji ini perlu menggunakan dua tangan untuk lebih stabil

2. Sesuai untuk pokok berkayu 

3. Sesuai untuk cantasan ( pruning )

4. Sebagai alat tambahan kepada peralatan berkebun

5. Ada aktiviti yang lebih cepat menggunakan parang berbanding gergaji balas kuasa bateri ini

6. Seperti peralatan lain, gergaji ini juga perlu dijaga dengan baik terutama mata, bateri dan pengecasnya

Video di bawah ialah percubaan menggunakan gergaji balas kuasa bateri di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture

Sabtu, 17 Mac 2018

Alat Pematri ( Soldering Iron )

Kegunaan alat pematri atau soldering iron dalam aspek perkebunan lebih kepada membuat lubang2 pada bekas2 plastik seperti botol2, cawan2, paip pvc, baldi, tong2 dan sebagainya.

Aspek keselamatan perlu diutamakan ketika bekerja dengan alat pematri ini yang menggunakan arus elektrik dan menghasilkan kepanasan melampau.

Penggunaan alat pematri lebih cepat dan berkesan daripada kaedah manual biasa ( paku panas ). Harga RM 7.90 di kedai MrDIY.

Antara contoh penggunaan alat pematri :

1. Botol plastik sistem hidroponik sumbu
2. Cawan plastik untuk menge"tut" ranting / cabang pokok
3. Baldi plastik untuk tanaman








Jumaat, 19 Januari 2018

Selasa, 18 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Alatan Perkebunan

Antara alatan asas perkebunan adalah :

1. Cangkul utk mengorek, meratakan, mengemburkan tanah
2. Ayak / penapis untuk menapis tanah
3. Pencakar tanah utk memudahkan kerja tanah
4. Penyiram / spray utk sistem penyiraman
5. Pongkes utk membuang tanah / rumput rampai / dedaunan
6. Sekateur untuk memangkas
7. Sekop untuk memudahkan kerja tanah
8. Serampang tangan / sudip tangan
9. Baldi untuk membancuh baja / mengisi air
10. Kereta sorong utk membuang buangan yg besar dan berat
11. Sarung tangan / Topi lebar / pakaian yg sesuai
12. Pencakar untuk mengumpul daun2 dan rumput
13. Kerusi kecil utk duduk
14. Pencungkil rumpai dll

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Antara alatan perkebunan yg digunakan

Alatan Perkebunan
Antara saiz polybeg

Alatan Perkebunan
Alatan utk menapis tanah - sempoi punya

 Pendek kata, gunakan apa yang ada dulu, tak payah susahkan diri

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2