Batas timbun yang pertama dibuat sudah berusia lebih 3 tahun. Dindingnya juga sudah ditukar.
Oleh itu batas timbun ini akan dibina semula. Pokok betik, pisang tanduk, ubi kayu & nenas akan dikomposkan.
Pokok betik dah tinggi dan tidak lagi berbuah
Selepas tuaian pisang tanduk, sisa²nya dijadikan bahan kompos
Ada pokok ubi kayu, nenas & malberi juga
Daun betik di racik kecil
Dan dimasukkan ke dalam tong kompos
Hasilnya ubi kuning & putih
Tunggul pisang tanduk juga akan dibuang
Tanah di batas timbun setelah 3 tahun lebih, sudah agak padat tetapi masih senang dipecahkan
Keluarkan tunggul pisang tanduk
Keadaan batas timbun pertama sebelum tunggul pisang tanduk dikeluarkan
Keadaan batas timbun selepas semua tanaman dikeluarkan. Persediaan untuk tanaman baru
Video berkaitan kerja² mengemas batas timbun pertama seperti dibawah :
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... insyaAllah ...
Artikel berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan