Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 30 Mac 2024

Tuai Separuh Padi Untuk Biji Benih

Beberapa rumpun ( asalnya 5 anak ) pokok padi dalam bekas tong cat telah melebihi 3 bulan dan sebahagiannya telah pun masak.

Hari ini beberapa tangkai ( mungkin separuh ) telah dituai untuk dijadikan biji benih baru.

Biji benih padi yang baru biasanya lebih produktif berbanding biji padi yang dah lama.

Agak mudah untuk menanam padi sawah kerana ianya sukakan air, jadi penggunaan bekas atau tong sekitar 5 liter macam bekas tong cat atau baldi sudah memadai.

Bekas² ini tidak perlu dilubangi dan siraman sehari sekali sudah memadai dengan memenuhkan air dalam bekas tersebut.

Pembajaan juga mudah, 2 minggu sekali dengan urea pada bulan pertama dan seterusnya baja sebatian padi atau npk buah juga boleh digunakan.

Gunakan sesudu kecil beransur² kepada sudu lebih besar mengikut perkembangan anak pokok padi tersebut.

Biji padi keluar dalam bentuk bertangkai yang mempunyai agak banyak bilangan biji / buah padi pada satu² tangkai.

Tuaian dibuat dengan memotong tangkai² tersebut.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video : 



Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan