Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 2 April 2024

Tebu 2 Bulan Di Raised Bed

Tebu mudah di tanam. Korek lubang dan letakkan keratan batang tebu jika tanah sesuai.

Keratan yang mempunyai 3 - 4 mata tunas dipotong dan biasanya dari bahagian pucuk yang dipercayai lebih produktif berbanding bahagian yang lebih tua.

Kebiasaannya bahagian pucuk untuk benih dan bahagian lain untuk perahan airnya.

Lubang di tanah keras dan padat akan menakung air dan menyebabkan benih tebu rosak dan busuk.

Raised bed antara penyelesaian paling mudah untuk bercucuk tanam di halaman rumah taman ( terutamanya ) jika tanahnya bermasalah.

Sedikit pengubahsuaian diperlukàn kerana tebu adalah tanaman berakar serabut dan ketinggian batang tebu yang melebihi 9 - 10 kaki semasa berusia 8 - 9 bulan.

Tiang yang kukuh dibuat terlebih dahulu supaya tidak mengganggu pertumbuhan pokok tebu di kemudian hari.

Tebu yang tumbuh tegak akan dapat menggugurkan daunnya sendiri berbanding tebu yang bengkok.

Daun² tua yang tidak tertanggal atau tidak di tanggalkan / dibuang akan menakung air hujan dan juga menjadi sarang perosak seperti semut.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Link video :



Artikel berkaitan :











Tiada ulasan:

Catat Ulasan