Walaupun pokok padi pada pendapat saya antara tanaman yang agak senang kerana padi terutama padi sawah hanya memerlukan bekas tanaman tanpa lubang untuk air lebihan keluar.
Oleh itu sebarang bekas atau tong dengan isipadu minima 5 liter sudah memadai.
Sebagai contoh adalah penggunaan 24 bekas botol minyak 5 liter untuk penanaman padi sawah di halaman rumah saya ini.
Botol yang di buang bahagian atasnya dan diisi dengan tanah kebun ( tanah raised beds ) sehingga penuh.
Benih padi yang baru dituai digunakan untuk penanaman ini. Hanya biji benih padi yang berisi / bernas digunakan.
Biji benih padi tanpa rendaman diletakkan antara 3-4 biji setiap botol. Korek lubang sedikit dan masukkan benih padi tersebut.
Untuk permulaan semaian, air tidak dipenuhkan dalam botol hanya tanah dilembabkan saja.
Setelah seminggu anak padi akan mulai muncul dan untuk kali ini sekurang²nya sepokok anak padi tumbuh pada setiap botol.
Setelah 2 minggu usia anak padi air akan dipenuhkan dalam botol.
Sehari sekali, biasanya waktu pagi air akan dipenuhkan dalam botol. Sekiranya hujan, tiada siraman atau penambahan air dibuat.
Pemberian baja urea 2 minggu sekali dibuat sehingga umur anak padi sebulan. Selepas itu baja npk buah akan digunakan.
Setelah sebulan, perkembangan anak² padi dalam botol bekas minyak masak ini amat memberangsangkan.
Tingginya secara purata telah mencapai 1.5 kaki seperti gambar dan video di bawah.
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah
Link video :
2. Tiktok : https://vm.tiktok.com/ZSYR8mmvM/
Artikel berkaitan :
Elok nampak hasilnya, adakah ada perancangan untuk menuainya nanti?
BalasPadamKalau sikit buat benih dulu ... kalau banyak boleh manual tumbuk dulu utk jadi beras ... inshaAllah
Padam