Agak besar buahnya dan puashati dengan jangkamasa mendapat hasilnya.
Sulurnya akan ditanam semula setelah direndam dahulu beberapa hari sehingga berakar.
Sisa² pokoknya pula akan di racik² dan dijadikan bahan² kompos dan sungkupan.
Beberapa dapatan tentang tanaman nenas ini :
1. Boleh ditanam dari sulur jambul, sulur angin atau sulur tanah.
2. Sulur² perlu direndam terlebih dahulu sehingga berakar.
3. Media tanam berasaskan tanah hitam sawit lebih baik.
4. Cantasan daun² tua boleh dibuat walaupun bukan satu kewajipan.
5. Sungkupan perlu untuk kurangkan pertumbuhan rumput rumpai.
6. Siraman dan pembajaan mengikut jadual berkala.
7. Untuk menghormonkan pokok nenas skala kecil, boleh gunakan karbaid 100gm utk 2 liter air, gunakan 50ml siramkan ke pucuk nenas selepas 5 petang ( sumber : tiktok pak din nenas ).
8. Varieti MD2 lebih sesuai untuk kebun dirumah kerana daunnya kurang berduri, buah lebih besar & sedap.
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat dgn izin الله ...
Link video :
2. Tiktok : https://vm.tiktok.com/ZSY1BQg1c/
Artikel berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan