Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 14 November 2025

Anak Pokok Pisang Emas Setelah 3 Bulan di Raised Bed

Begitu pantas masa berlalu, sedar² dah 3 bulan anak pokok pisang emas di raised bed bekas jagung ini.

Alhamdulillah, tumbesarannya amat baik setakat ini. Nampak ruang antara pelepah yang luas / jauh dengan pelepah sebelum dan selepasnya, menunjukkan anak pokok pisang emas ini tumbuh dengan subur.

Kali ini 5 helai daun dibuang menjadikan jumlahnya 8 setakat ini. Daun² diracik di raised bed itu sendiri.

Pembajaan di keliling pokok pisang dibuat dengan baja kopi dan baja npk biru. Penambahan sisa dapur ke dalam pasu yang diletakkan antara 2 pokok pisang dibuat secara berkala.

Keratan tebu sisa dari untuk benih ditambahkan ke perdu pokok pisang juga. Tujuannya untuk pemerhatian kesan keratan tebu terhadap pertumbuhan pokok pisang emas pula.

Pemerhatian sebelum ini mendapati keratan tebu dapat mempercepatkan proses tumbesaran dan pembuahan bagi pokok pisang tanduk - wallahuaklam.












Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Selasa, 11 November 2025

Tanam Tebu Kuning Lagi

Penanaman tebu kuning kali ke-2 di raised bed telah dibuat. Tiang dari kayu meranti yang telah dibalut dengan plastik saiz 2 inci x 2 inci x 8 kaki dan telah ditanam 2 kaki.

Tanah raised bed digembur beberapa kali dan tiang dikukuhkan dengan memadatkan tanah di sekitarnya.

Keratan batang tebu dari serumpun tebu yang telah ditebang sebelumnya telah digunakan.

Setiap tiang diletakkan 3 keratan membentuk segitiga dan ditimbus sedikit dengan tanah supaya mempercepatkan pertumbuhan tunas tebu.

Selepas siraman, sungkupan diletakkan menggunakan racikan daun tebu dan daun buluh.























Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Khamis, 6 November 2025

Serumpun Tebu

Ada satu rumpun tebu dibiarkan untuk menjadi benih. Pokoknya ada yang sudah tinggi dan rebah ke bumi. Ada juga anak² tebu yang sedang naik.

Akhirnya batang² tebu yang matang ditebang untuk dijadikan jus tebu. Sisa² perahan tebu / hampas tebu dan kulit tebu direndam untuk menjadi baja cecair. Hampasnya nanti boleh dijadikan sungkupan atau bahan kompos.

Pucuk tebu akan ditanam semula di raised bed tebu yang baru dibuat semula. Manakala batang² tebu yang kurang cantik akan dijadikan "booster" pokok pisang. Daun² tebu pula sebagai sungkupan.


























Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah


Rabu, 29 Oktober 2025

Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Setelah dibiarkan lebih kurang 6 bulan, maka raised bed tebu kuning / tebu telur ini akan dibuat semula.

Kali ini akan menggunakan tiang kayu jenis meranti yang dibeli secara dalam talian dengan saiznya 1 inci x 2 inci x 8 kaki sebanyak 12 keping.

Tiang² ini dipaku menjadi 6 tiang kayu bersaiz 2 inci x 2 inci x 8 kaki dengan anggaran tiang akan ditanam sedalam 2 kaki. 

Sisa² tebu dikemas sedikit sebanyak dan lubang² asal telah dikorek semula menjadi kedalaman 2 kaki lebih kurang.

Dari pengalaman yang lepas, jumlah dan besar batang tebu perlu dikawal supaya tiang dapat bertahan dengan jumlah berat pokok tebu.

Siraman dan pembajaan juga perlu dikawal supaya batang tebu tidak terlebih air atau terlebih sihat yang akan melambatkan kemanisan tebu dan terlebih berat ... inshaAllah.


















































Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah