Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 17 Mei 2025

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Berkebun adalah aktiviti berterusan bergantung kaedah berkebun itu sendiri.

Kebun tradisi perlukan lebih masa untuk mengurus berbanding kebun moden.

Pelbagai aktiviti dapat dibuat / dirancang untuk mendapatkan hasil yang maksimum dengan tempoh masa yang ada.

Penggunaan mesin² mini dapat menjimatkan masa mengurus kebun.














Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Jumaat, 2 Mei 2025

Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Oleh kerana pokok nenas bukanlah jenis tanaman cerewet, maka ianya boleh ditanam ditempat yang lebih jauh seperti belakang rumah.

Tempat yang mendapat matahari penuh pagi dan tengahari, manakala petangnya pula redup.

Air hujan juga dapat terus masuk ke kotak gabus / polisterin dan mengurangkan siraman manual.

Merumput, membaja dan menyiram antara perkara penting untuk tumbesaran nenas yang baik.

Selepas setahun lebih, buah nenas boleh dituai.

Nenas varieti md2 sangat sesuai untuk kebun perumahan kerana ianya kurang berduri, buahnya besar dan isinya manis serta tidak lidas.

Tanah hitam sawit juga didapati sangat sesuai untuk pengakaran pokok nenas mungkin kerana ianya tidak terlalu padat.

Sungkupan dari sisa daun² pokok nenas yang di racik atau rumput² yang dicabut juga banyak membantu memanjangkan tempoh kelembapan tanah.
















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah