Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Bio-arang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bio-arang. Papar semua catatan

Isnin, 12 Jun 2023

Tutup Lubang Biochar & Move On Projek Lain

Setelah 6 bulan berlalu dan lubang untuk projek biochar masih tak kering² lagi, saya buat keputusan untuk tutup lubang biochar tersebut dan move on projek lain.

Keadaan dah tak sama macam tahun 2017 semasa projek biochar yang menggunakan prinsip yang sama dibuat.

Sisa² kayu mungkin akan dibuat wood chip atau projek hugelkultur ... allahuaklam.





















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :






Rabu, 11 Januari 2023

Korek Lubang Untuk Projek Biochar

Pembakaran terbuka sisa2 organik akan menghasilkan asap dan abu yang tidak dapat digunakan semula secara berkesan / efisien.

Oleh itu teknik pembakaran kurang oksigen atau pirolisis boleh digunakan.

Antara bahan² organik yang biasa di buat bioarang / biochar ialah :
1. Sisa kayu
2. Buluh
3. Sekam
4. Tempurung
5. Tongkol jagung
6. Tandan kosong sawit
7. Kenaf

Ada banyak variasi teknik dan sistem pirolisis bergantung kepada kemampuan kewangan.

Untuk kebun skala kecil, boleh menggunakan teknik pirolisis tradisional / konvensional iaitu dengan cara menggali lubang.

Lubang yang digali mesti mempunyai kedalaman yg sesuai dgn lebar dan panjang bukaan.

1. Ini untuk memastikan peredaran udara / oksigen yang kurang supaya pembakaran adalah perlahan tetapi menyeluruh.

2.  Angin kuat juga perlu di jauhi. Sebaiknya kawasan operasi adalah panas tetapi tidak berangin.

3. Bahan² organik yang digunakan mestilah sudah kering sepenuhnya. Ini supaya pembakaran dapat dicepatkan dan asap dapat dikurangkan.

4. Lubang pembakaran juga mestilah kering. Sebaiknya bukan kawasan berair supaya pembakaran dapat berlaku tanpa gangguan asap yg banyak.

5. Teknik pembakaran dalam lubang pirolisis juga mesti mengikut saiz bahan2 organik dan kuantiti yang digunakan.

6. Setelah pembakaran lengkap, siraman air dilakukan untuk memadam sisa bara api. Jika tidak, pembakaran akan terus berlaku sehingga jadi abu.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :







Khamis, 20 Julai 2017

Kegunaan Bio-arang

Selain dicampurkan ke tanah pada kadar yang bersesuaian, bio-arang juga dapat diproses menjadi bio-briket iaitu bahan bakar alternatif menggantikan gas memasak, minyak tanah dan sebagainya

 Bio-arang dapat diproses menjadi Bio-briket seperti di bawah

Bio-briket mempunyai bentuk yang pelbagai ( sumber gambar : internet )

Ahad, 16 Julai 2017

Bio-arang atau Bio-char

Bio-arang atau Bio-char dapat dibuat menggunakan sisa-sisa kayu, dahan, ranting yang tidak diperlukan oleh perkebunan. Sistem Bio-arang atau Bio-char dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana pembakaran tidak sepenuhnya berlaku. Sistem pembakaran Bio-arang atau Bio-char boleh dilakukan menggunakan lubang yang di gali.

Lubang sedang dalam proses penggalian


16.7.17 : Antara bahan-bahan untuk proses Bio-arang atau Bio-char



18.7.17 : lubang telah digali dan bahan bio-arang telah disediakan











19.7.17 : pembakaran dilakukan sehingga menjadi arang dan dipadamkan sebelum menjadi abu