Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 10 Oktober 2025

Anak Pisang Emas Setelah 2 Bulan di Raised Bed

Alhamdulillah, setelah 2 bulan ditanam di raised bed, 3 anak pokok pisang emas telah naik dengan cantik.

Manakala 1 lagi anak pokok pisang emas yang ditanam dalam raised bed bulat tepi pagar telah mati dan diganti dengan anak pokok kantan.

Ada 3 pelepah daun pisang di potong / di buang dari setiap pokok dan sisa²nya diracik sebagai sungkupan raised bed.

Pelepah / daun pisang ini akan dikira jumlahnya sehingga tuaian dibuat untuk mengetahui jumlah keseluruhannya.

Setelah itu pembajaan dengan baja kopi + npk dibuat dan disiram.

Setelah 2 bulan, pokok pisang cepat membesar apatah lagi kalau tanah subur, air & baja cukup, ruang mencukupi dan cahaya yang cukup

Seronok dapat tengok pokok pisang membesar depan mata

Daun yang tak sabar² nak keluar terutama musim hujan

Warna daun menjadi petunjuk kesuburan tanah dan kesihatan pokok pisang

Disini telah ditanam dengan anak pokok kantan pula

Selepas 3 pelepah / daun pisang dibuang, dibaja dan disiram

Semoga tumbuh sihat hingga berjaya dituai buahnya ... inshaAllah

Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan