Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

Rabu, 19 April 2017

Semaian Hari Ini

Hari ini menyemai benih menggunakan tray semaian dan tanah organik yang dibeli.

19.4.17 : tanah organik hitam tanpa najis haiwan !

 19.4.17 : sawi manis 30 lubang


 19.4.17 : salad 15 lubang dan kailan 15 lubang

 19.4.17 : kobis 10 lubang, kacang botol 5 lubang, petola 5 lubang, bendi 5 lubang dan terung ungu panjang 5 lubang

19.4.17 : disusun bertingkat. Satu beg tanah organik 3 kg bersamaan dengan 3 tray semaian 30 lubang x 1.5 inci kedalaman.



25.4.17 : kobis dan bendi sudah tumbuh

Ahad, 1 Januari 2017

Teknologi Penanaman Sayuran Secara Padat

Mengambil contoh penanaman padi secara tabur terus, satu teknologi menanam sayuran secara padat boleh dilakukan dengan syarat masalah penyiraman dan pembajaan di tahap minima.


Menggunakan konsep NutriPot Ringkas dimana Penyiraman dan Pembajaan boleh dilakukan serentak, maka kaedah penanaman padat boleh diaplikasikan untuk sayuran sawi, bayam, kangkung dan lain-lain.

Pendek kata, macam-macam cara boleh difikirkan
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Sabtu, 15 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Jenis Sayuran

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Gunakan ruang yang ada sebaik mungkin
Apakah jenis sayuran yang ada di mukabumi ini ?

1. Sayuran jenis berdaun cth sawi, kangkung, bayam dll
2. Sayuran jenis berbuah cth cili, tomato, terung dll
3. Sayuran jenis umbisi / ubi cth ubi kayu, lobak, sengkuang dll
4. Sayuran jenis kekacang / biji cth kacang pea, kacang hijau dll
5. Sayuran jenis berbunga cth kobis, brokoli, kobis bunga dll

Pendek kata, macam2 sayuran yg kita boleh jumpa

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2



Jom Tanam Sayur - Sayur apa ?

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Tepi rumah - kawasan terdedah panas dan hujan
Sayur apa yang perlu ditanam ?

1. Sayur yg kita suka makan
2. Sayur yg selalu kita beli
3. Sayur yg senang dijaga
4. Sayur yg senang / cepat tumbuh
5. Sayur yg cepat di tuai
6. Sayur yg mahal - boleh jimat byk duit disini cth cili ..
7. Sayur yg sesuai dgn cuaca tempat kita
8. Sayur yg mencantikkan halaman / sekitaran rumah
9. Sayur yg tahan perosak / penyakit

Pendek kata, macam2 jenis sayur yg boleh di tanam, ikut suka hati

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Jom Tanam Sayur - Bagaimana?

www.jomtanamsayur.blogspot.com
Dalam plastik pun boleh
Bagaimana / macamana nak tanam sayur ?

1. Atas tanah boleh dgn batas atau tanpa batas
2. Dalam bekas, pasu, tong, plastik, polibeg
3. Tanpa tanah, sistem aeroponik, hidroponik, aquaponik dan sebagainya

Pendek kata, mana2 pun boleh asal ada kemahuan

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Jom Tanam Sayur - Di mana ?

Terung tanam sendiri, lembut dan manis

Di manakah tempat yang sesuai untuk menanam sayur ?

1. Tepi rumah
2. Belakang rumah
3. Sekitaran rumah, beranda
4. Dalam rumah, atas bumbung pun boleh
5. Tanah rizab jalan, sungai dan sebagainya, tapi kalau kena halau jangan marah pulak !

Pendek kata, asal ada tempat terluang boleh digunakan untuk menanam sayur

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Jom Tanam Sayur - Kenapa ?

Sawi manis tanam sendiri, ikut suka bila nak petik

Kenapa perlu tanam sayur sendiri :                          

1. Jimat belanja dapur
2. Boleh hilangkan stress
3. Boleh cantikkan halaman
4. Boleh belajar tentang tanaman dan keperluannya
5. Boleh bersedekah kalau mahu
6. Boleh juga di jual kalau ada lebih
7. Dapat merasai jerih payah petani
8. Dapat melihat kebesaran Ilahi

Pendek kata, macam2 bolehlah

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2