Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-Perancangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-Perancangan. Papar semua catatan

Selasa, 25 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Pertanian Bandar

Apakah yg dimaksudkan dengan Pertanian Bandar ? Bertani di bandar, tanam sayur di bandar, tanam sayur di sekitaran rumah di bandar, pinggir bandar samada rumah banglo, semi-d, teres, apartment, rumah pangsa, rumah flat, town house dan sebagainya.

Menggunakan ruang yang ada, mempelbagaikan kaedah penanaman mengikut suasana, menanam jenis sayuran yg sesuai dgn kediaman dan sebagainya. Antara kaedah penanaman spt mini fertigasi, laman dapur ( edible garden ), kebun konvensional ( terbuka ), fertigasi tertutup atau terbuka, tanam cendawan di dapur, tanam taugeh secara auto dan sebagainya.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kailan di Kebun Konvensional

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kangkung, Bayam, Serai di Kebun Konvensional
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Terung, Kobis di Kebun Konvensional

Kadang2 kita tak sedar pun yg kita dah mengamalkan pertanian bandar dgn menanam sayuran di sekitar kawasan perumahan. Antara manfaat pertanian bandar ialah menjimatkan kos dapur, mengindahkan sekitaran rumah, menyejukkan bumi, memanfaatkan kawasan lapang, membantu menjamin keselamatan makanan, sebagai hobi yang berfaedah kpd kesihatan, ekonomi dan sebagainya.

Pendek kata, memang banyak manfaat bertani dan bercucuk tanam sayuran di persekitaran rumah.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Isnin, 24 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Sayuran Permulaan

Apakah jenis sayuran yg perlu / patut di tanam oleh newbie / beginner ? Apa2 sayuran pun boleh di tanam ikut suka hati, tetapi kalau nak belajar jadi penanam sayuran terhebat kenalah mulakan dari sayuran yg mudah ditanam, cepat dituai, senang dijaga dan sedap di makan.

Cthnya spt sawi, bayam, kangkung, kailan dll, iaitu sayuran berdaun dan tempoh matang lebih kurang sebulan.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Sawi Manis

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Bayam

Kaedah penanaman juga perlu diambil kira samada kaedah konvensional atau moden. Kaedah lama atau konvensional menggunakan medium tanah dan campuran2 yg sesuai spt kompos, sisa kandang juga baja kimia.

Kaedah moden cthnya fertigasi, aeroponik, aquaponik menggunakan larutan baja yg dibancuh atau dihasilkan oleh haiwan.

Kaedah penyiraman, pembajaan, pengurusan perosak, penuaian juga berbeza bergantung kpd kaedah penanaman.

Pendek kata, cuba tanam dulu baru tahu.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Jumaat, 21 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Tempoh Musim Penanaman Produktif

Jadual di bawah menunjukkan TEMPOH MUSIM PENANAMAN PRODUKTIF yang dikeluarkan oleh Statistik Jabatan Pertanian Malaysia.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Data untuk Perancangan Penanaman Sayuran
Data menunjukkan yang sayuran berdaun adalah paling cepat memberikan hasil. Kalau hendak makan setiap hari kenalah tanam selalu secara berperingkat.

Yang penting kita ada sedikit maklumat tentang sayuran yang selalu kita makan dan beli untuk menjimatkan kos sara hidup.

Pendek kata, tepuk dada tanya usaha.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Selasa, 18 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Perancangan

Untuk bercucuk tanam sayur secara kecil-kecilan pun perlukan perancangan apatah lagi jika ingin melakukan dalam skala bisnes.

Perancangan yang dimaksudkan seperti :

1. Jenis Sayuran
2. Kuantiti yang akan ditanam
3. Jangkamasa ulangan menanam
4. Keadaan kawasan tanaman atau kebun dari segi pencahayaan, ketersediaan air
5. Jenis dan kaedah pembajaan
6. Jenis tanah samada tanam atas tanah atau dalam bekas
7. Keadaan PH tanah anda ( sesuai pada skala ( 6 - 7 )
8. Alatan asas penanaman perlu disediakan.
9. Baca juga panduan penanaman pada bungkusan biji benih dan semak tarikh luput
10. Keadaan cuaca juga boleh mempengaruhi tanaman
11. Ketahui mengenai tanaman campuran untuk mengelakkan / mengurangkan serangan perosak
12. Buat sedikit catatan berkaitan aktiviti penanaman untuk rujukan dan penambahbaikan

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kobis dengan cuaca panas, try and error


Pendek kata, kaedah trial and error pun tak ada masalah

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2