Pokok ceri kampung atau ceri hutan atau ceri liar aka Muntingia calabura adalah tanaman saka liar yang besar, tinggi, rimbun, mudah hidup, tahan lasak serta tahan lama.
Boleh tumbuh dari :
1. Biji benih yang dibawa oleh najis haiwan seperti burung, tupai, kelawar buah dan sebagainya.
2. Anak dari rizom akar yang terdedah di permukaan tanah.
3. Keratan batang.
Dapat hidup di kebanyakan tanah, tanah tidak / kurang subur, tanah berasid / beralkali, tanah keras / padat dll. Kerana itu ada yang jadikan pokok ceri kampung aka Muntingia calabura sebagai pokok penggembur tanah ( akar yg menjalar jauh dan dalam ), penyubur tanah ( daun2 / ranting2 yg gugur ), peneduh tanah ( rendang / tinggi), pemulihan / pemeliharaan hutan, penahan hakisan tanah, penarik kepada banyak spesis burung2 ( buah ), tanaman industri ternakan lebah ( bunganya ) dll.
Ada banyak kegunaan pokok ini dari biji, buah, bunga, daun, kulit, batangnya hingga ke akarnya. Bunganya menjadi tumpuan lebah / semut untuk nektarnya. Buahnya sebagai makanan burung2, tupai, kelawar, ikan sungai dan manusia. Daun, buah dan bunganya dipercayai dapat membantu dalam bidang perubatan dan kecantikan.
Akar pokok ceri kampung aka Muntingia calabura jenis keras, besar, tahan lasak dan menjalar jauh dan dalam. Batangnya jenis berkayu lembut agak liat dan berat ( hidup ) dan rapuh / berongga / ringan ( mati ). Kulit pokok ceri kampung jenis berserat / fiber dan ada yang jadikan tali. Dahan dan rantingnya pula keluar berselerak, panjang dan mengelilingi batang utama membentuk kanopi yang rendang dan teduh. Daunnya hijau kekuningan ( muda ), hijau pekat ( matang ) dan kuning ( tua ).
Bunganya jenis bunga sempurna 5 kelopak berwarna putih dimana kelamin jantan dan betina berada pada kelopak bunga yang sama. Pendebungaan dibantu oleh serangga ( lebah, semut dll ). Buahnya hijau pekat ( muda ), hijau cerah ( matang ) dan merah ( masak ), hitam ( tua ) dan bijinya halus.
Pokok ceri kampung adalah jenis pokok yg tidak perlukan baja tambahan / kimia. Bila pokok dah besar, daun2 dan ranting2nya yang mati dan jatuh ke tanah akan menarik cacing tanah untuk proses pereputan. Cacing tanah akan menghasilkan baja tahi cacing ( vermicompost ) kepada pokok ceri kampung. Manakala buah2nya pula menarik haiwan terutamanya burung2 yang akan makan dan membuang najis di sekitaran kawasan tanah pokok ceri. Tahi burung, tupai, kelawar buah dan seumpamanya akan menjadi baja organik kepada pokok ceri kampung aka Muntingia calabura.
Penyiraman tidak diperlukan kepada pokok yang tumbuh sendiri kerana air hujan dan air embun ( yang diperangkap oleh daun ) sudah mencukupi untuk tumbesarannya.
Setakat ini perosak yang dikenalpasti adalah belalang kunyit / besar yang memakan daun pokok ceri kampung sehingga berlubang2. Penyakit pula masih belum diketahui kerana pokok ceri kampung adalah pokok liar yang tahan lasak.
Walaupun begitu, jangan tanam pokok ceri kampung aka Muntingia calabura hampir dengan rumah dan bangunan kerana akarnya yang besar, kuat dan lasak dapat menjalar jauh dan merosakkan struktur rumah atau bangunan manakala lubang2 bekas akarnya yang mati akan menjadi tempat / rumah kepada haiwan2 yang tidak diundang / diingini.
Buah ceri kampung yang masih hijau, akan bertukar merah bila masak
Bahaya kalau tanam terlalu hampir dengan rumah, walaupun dalam beg poli tetapi akarnya masih boleh menembusi celah2 simen dan semakin membesar
Bunga sempurna pokok ceri kampung
Daunnya hijau bujur dan sedikit berbulu / baldu dan menghala ke bawah untuk memerangkap air hujan / embun
Bunga yang masih mekar menunggu pendebunga datang
Kelopak bunga sudah tanggal menandakan putik sedang terbentuk
Putik buah yang masih baru
Proses pembentukan buah
Buah, ada satu tangkai ada tiga tangkai. Setiap tangkai sebiji buah
Hasil karya belalang kunyit
Pokok ceri tepi pagar yang akan dikemaskan kerana akarnya sudah menjalar jauh.
Semoga bermanfaat.
Video Terbaru @JomTanamSayur
Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan-Ceri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan-Ceri. Papar semua catatan
Khamis, 19 September 2019
Ahad, 13 Januari 2019
Antara Kebaikan Pokok Ceri
Pokok ceri yang semakin membesar membantu :
1. Meronggakan tanah
2. Memberi naungan
3. Menyuburkan tanah
4. Daun2 kering sebagai bahan baja
5. Mengurangkan rumput rumpai
Pokok pisang semakin subur selepas pokok ceri membesar
Tanah liat memberikan cabaran untuk berkebun
1. Meronggakan tanah
2. Memberi naungan
3. Menyuburkan tanah
4. Daun2 kering sebagai bahan baja
5. Mengurangkan rumput rumpai
Pokok pisang semakin subur selepas pokok ceri membesar
Tanah liat memberikan cabaran untuk berkebun
Jumaat, 4 Mei 2018
Tebang Pokok Ceri Kampung
Pokok ceri kampung di halaman rumah telah di putuskan untuk ditebang. Akarnya sudah panjang dan mempunyai anak dalam jarak 2.5 m. Dahan2 beserta daun2 telah diracik dan dimasukkan ke dalam komposter ringkas
Ahad, 18 Mac 2018
Pokok Ceri Kampung Yang Lasak
Anak pokok ceri yang ditanam di tengah laman rumah sejak 15.3.17 iaitu setahun lepas telah mula menunjukkan kehebatannya. Tanah liat yang keras dan padat pun dapat di tembusi oleh akar pokok ceri ini.
Makin membesar dan merimbun daunnya. Akar pokok ceri diketahui boleh menjalar jauh di dalam tanah mencari air dan baja.
Tumbesaran perlu di kawal supaya tidak menganggu struktur rumah. Kalau terlalu cepat membesar, pokok ceri ini perlu di tebang.
Makin membesar dan merimbun daunnya. Akar pokok ceri diketahui boleh menjalar jauh di dalam tanah mencari air dan baja.
Tumbesaran perlu di kawal supaya tidak menganggu struktur rumah. Kalau terlalu cepat membesar, pokok ceri ini perlu di tebang.
Khamis, 6 Julai 2017
Tebang Pokok Ceri
Pokok ceri ditepi rumah terpaksa di tebang kerana dikhuatiri akan memudaratkan struktur asas rumah. Pokok ceri ini sangat cepat membesar dan merimbun. Andaikata jaraknya sesuai pasti pokok ceri ini dikekalkan
Sabtu, 15 April 2017
Semaian Hari Ini
Pindahkan anak pokok ceri ke dalam beg poli
15.4.17 : Pokok ceri dapat meneduhkan laman, menyuburkan tanah, daun hijau dapat dibuat teh manakala daun kering dapat dibuat sungkupan dan baja.
25.4.17 : KTR
16.5.17 : KTR
15.4.17 : Pokok ceri dapat meneduhkan laman, menyuburkan tanah, daun hijau dapat dibuat teh manakala daun kering dapat dibuat sungkupan dan baja.
25.4.17 : KTR
16.5.17 : KTR
Rabu, 29 Mac 2017
Baja Dari Daun Ceri
Kalau daun hijau dapat dijadikan teh ceri, daun ceri tua yg berwarna kuning pula dapat dijadikan baja tumbuhan, sayuran dan sebagainya.
Struktur daun ceri yang lembut dapat menjadi kompos atau hancur dalam masa singkat.
29.3.17 : daun ceri tua yang berwarna kuning amat senang mereput dan sesuai untuk menyuburkan tanah selain sebagai sungkupan.
2.4.17 : daun ceri dalam NR2 cili besar dan terung
Struktur daun ceri yang lembut dapat menjadi kompos atau hancur dalam masa singkat.
29.3.17 : daun ceri tua yang berwarna kuning amat senang mereput dan sesuai untuk menyuburkan tanah selain sebagai sungkupan.
2.4.17 : daun ceri dalam NR2 cili besar dan terung
Rabu, 15 Mac 2017
Tanam Pokok Ceri
Menanam satu pokok ceri yang tumbuh dari akar pokok ceri yang sedia ada. Dikerat batang dan di tanam di halaman rumah.
15.3.17 : KTR
22.3.17 : Nampak pucuk baru sudah keluar
29.3.17 : KTR
6.4.17 : pokok ceri memang cepat naik
14.4.17 : KTR
25.4.17 : KTR
4.5.17 : KTR
15.3.17 : KTR
22.3.17 : Nampak pucuk baru sudah keluar
29.3.17 : KTR
6.4.17 : pokok ceri memang cepat naik
14.4.17 : KTR
25.4.17 : KTR
4.5.17 : KTR
Khamis, 10 November 2016
Jom Tanam Tumbuhan - Ceri
Pokok ceri amat senang tumbuh dan membesar. Antara kegunaan yg penting ialah daunnya.
22.3.17 : keadaan pokok ceri semasa
Pendek kata, ceri boleh meneduhkan laman
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2
![]() |
| Pokok ceri yg masih kecil masa ini |
![]() |
| Pokok ceri yg sama |
![]() |
| Pokok ceri sudah besar |
![]() |
| Ceri keratan batang, berjaya kah ? |
22.3.17 : keadaan pokok ceri semasa
Pendek kata, ceri boleh meneduhkan laman
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2
Langgan:
Catatan (Atom)



































