Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 23 Januari 2020

Peringkat Pembesaran Buah Pisang

Setelah lebih seminggu hingga dua minggu selepas pengeluaran jantung, peringkat pembesaran buah pisang akan bermula.

Antara cara2 yang boleh digunakan untuk membesarkan buah pisang semaksima mungkin ialah :

1. pembuangan jantung pisang ( jantung ulam )
2. pembuangan putik pisang yang tidak menjadi buah
3. pembuangan pelepah daun yang berlebihan
4. pembuangan sulur / anak pisang yang berlebihan

Cara2 diatas dibuat dengan tujuan utama supaya pokok pisang dapat menyalurkan tenaga yang dihasilkan dari proses fotosintesis ke arah pembesaran buah.

Walaupun begitu penyediaan awal tanah, pembajaan serta pengurusan pokok pisang juga penting supaya pertumbuhan pokok pisang tidak terbantut yang akan melewatkan pengeluaran jantung pisang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan