Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 11 Januari 2020

Takung Hidroponik Sebagai Tempat Semaian

Hidroponik Takung dengan konsep 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai boleh disesuaikan ( adjust ) menjadi tempat semaian anak benih untuk ditanam di batas timbun ( raised bed ).

Lubang pada penutup takung ( styrofoam ) perlu ditambah untuk mendapatkan lebih ruang semaian biji benih. Penggunaan span ( sponge ) yang dipotong sebagai media kepada biji benih lebih mudah dan jimat. Air baja hidroponik perlu di gunakan dari mula semaian dibuat untuk mempercepatkan pertumbuhan anak tanaman.

Takung hidroponik semaian perlu diletakkan ditempat yang kena cahaya matahari tetapi terlindung dari timpaan air hujan. Bila semaian sudah agak besar, bolehlah dialihkan ke batas timbun ( raised bed ), dan takung bolehlah digunakan semula untuk semaian benih tanaman yang baru.

Dari 8 lubang ditambah menjadi 15 lubang

Hari semaian, menggunakan span sebagai media tanam

Seminggu lepas semaian

Dua minggu lepas semaian

Tiga minggu lepas semaian, antara 2-3 minggu lepas semaian adalah masa sesuai untuk pemindahan ke batas timbun

Menggunakan baja hidroponik dari Kazz Hidroponik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan