Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 28 Januari 2020

Kebun Pisang Mini

Dengan bantuan batas timbun, kebun pisang mini tepi rumah jadi realiti. Kebun mini kerana cuma ada 15 pokok / rumpun pokok pisang sahaja. Kenapa pisang ?

1. pokok pisang cepat memberikan hasil ( < 2 tahun )
2. pokok pisang sangat bertindakbalas ( responsive ) terhadap kesuburan tanah batas timbun
3. pokok pisang mempunyai banyak jenis dan pelbagai kegunaan
4. keseluruhan bahagian pisang dapat digunakan semula sebagai bahan kompos & sungkupan
5. oleh kerana pokok pisang cepat matang, ianya dapat diganti dengan tanaman lain lebih cepat
6. selain anak sulur, pisang juga mempunyai benih tisu kultur
7. kesan psikologi kepada pekebun kerana pisang cepat membesar / matang
8. batas timbun + hujan & panas sepanjang tahun sangat sesuai dengan pokok pisang
9. daun pisang sebagai teduhan yang baik dan membantu memecahkan air hujan
10. sebagai tanaman lanskap / seni taman yang baik
11. harga pisang juga agak mahal dan stabil

pisang nangka

pisang tanduk

pisang rendah / renek & pisang tanduk

pandangan depan

bahan2 sisa kebun diletakkan kembali ke batas timbun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan