Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 17 Januari 2020

Kompos Tanam vs Komposter Tanam


Kompos tanam ialah bahan2 organik ( bahan2 kompos ) sisa dapur, sisa kebun, sisa pasar, sisa kandang dll yang ditanam dalam tanah supaya cepat mereput / terurai dan akan menjadi tanah / sebahagian dari tanah yang berguna kepada tanaman.

Komposter tanam ialah alat / bekas untuk mengompos bahan2 kompos yang ditanam dalam tanah, manakala bahan2 kompos akan diletakkan dalam bekas tersebut berselang seli dengan tanah.

Kenapa perlu komposter tanam kalau kita boleh tanam bahan2 kompos ?

1.1 kompos hasil kompos tanam tertumpu pada tempat2 tertentu sahaja
1.2 kompos hasil komposter tanam boleh di tuai dengan mudah dan digunakan ditempat lain

2.1 komposter tanam boleh bertindak sebagai vermikomposter ( kompos baja tahi cacing )

3.1 komposter tanam berlubang dikelilingnya dan ditanam di batas timbun memudahkan pergerakan lebih banyak organisma tanah masuk dan keluar dan mempercepatkan proses pereputan / penguraian

4.1 tidak perlu mengorek setiap kali ingin menanam bahan2 kompos walaupun sebenarnya kedua2 sistem ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.
4.2 Kombinasi kedua2 sistem ini lebih baik bagi pekebun bandar.

Penambahbaikan perlu dibuat di kemudian hari bergantung kepada hasil percubaan penggunaan komposter tanam ini.

1. saiz bekas yang sesuai
2. jumlah dan saiz lubang
3. lokasi bekas
4. jenis2 bahan kompos
5. dll












Tiada ulasan:

Catat Ulasan