Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 1 Disember 2016

Kesan musim hujan kepada aktiviti Kebun Tepi Rumah (KTR)

Musim hujan yang berterusan sekarang ini menyebabkan aktiviti berkebun sangat berkurangan. Hanya aktiviti ringan seperti menuai sayuran yang sudah matang, merumput sedikit-sedikit serta meninjau perkembangan kebun seadanya.

tanam dalam polibeg, mudah dan cepat
Tanam dalam polibeg memudahkan proses mengalih


Hendak menyangkul batas pun tak dapat kerana becak dan tanah liat yang melekit. Masa-masa begini bolehlah digunakan untuk merancang tanaman-tanaman baru ataupun mengubah tata letak ( layout ) kebun yang baru.

Boleh juga melayari blog-blog sayuran terbaik yang pernah dijumpai ataupun mencari blog-blog sayuran yang belum dijumpai. Kebanyakan blog tanaman yang dijumpai adalah dari negara jiran Indonesia dan banyak yang hanya copy paste. Blog yang biasa dilayari penulis seperti tanamsendiri dan tanomkinotuan memang sedap dibaca kerana memaparkan aktiviti berkebun yang real.

Selain itu boleh juga melayari youtube, belajar teknik-teknik bercucuk tanam yang belum diketahui. Antara channel yang selalu di layari ialah channel ibusitimahmudah dan juga beberapa channel pertanian seperti agrotek dari RTM Malaysia.

Pendek kata, tak ada masa yang boleh dibazirkan
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan