Tanah hitam sawit semakin popular sejak kebelakangan ini sebagai media tanam atau campuran media penanaman samada sayuran, bunga, herba, buah dan sebagainya.
Harganya yang rata2 lebih murah, hasilan tempatan dan mudah didapati juga menjadi tarikan pekebun2 kecil dan pekebun hobi di kawasan perumahan atau komuniti.
Asal tanah hitam sawit :
Seperti namanya, tanah hitam sawit terhasil dari pemeraman dan pereputan sisa tandan kosong ( EFB ) dan sisa buah kelapa sawit ( hampas ) yang telah diproses untuk mendapatkan minyaknya serta afluen ( POME ) yang terhasil.
Ada juga tanah sawit hitam yang terhasil dari pembakaran terkawal sisa2 kelapa sawit.
Gabungan teknoloji memproses EFB ( tandan sawit kosong ) dan POME ( cecair likat keperangan yang mengandungi banyak minyak, pepejal dan gris ) telah dapat menghasilkan baja kompos berkualiti yang juga dikenali sebagai tanah sawit hitam.
Kegunaan tanah hitam sawit :
Tanah hitam sawit adalah tanah berbaja tersedia ( mineral & zat ) hasil bahan2 organik sisa sawit yang telah terkompos ( dari mendapan kolam takungan sisa sawit ).
Terdapat bahan2 yang menjadi baja pelepasan cepat ( fast release ), pelepasan sederhana ( moderate release ) dan pelepasan perlahan ( slow release ) didalam tanah hitam sawit yang asal ( bergantung jenis tapisan ).
Tanah hitam sawit yang ditapis halus akan kekurangan baja pelepasan sederhana dan sangat kurang baja pelepasan perlahan. Lebih cepat mengumpal dan perlu di sokong oleh pembajaan untuk jangkamasa panjang.
Tanah hitam sawit asal akan dapat membantu meronggakan tanah dalam jangkamasa lama kerana mempunyai sisa2 serat tandan & tempurung biji sawit yang belum hancur sepenuhnya.
Tanah hitam sawit boleh terus digunakan atau dicampur dengan bahan lain mengikut keperluan.
Serat2 buah & tandan kelapa sawit terkompos akan membantu memegang air pada tempoh lebih lama berbanding tanah biasa.
Oleh itu siraman hari hujan tidak diperlukan manakala penyiraman hari biasa lebih menjimatkan air.
Tanah hitam sawit juga sangat sesuai ditambah ke batas sayuran atas sebab2 diatas.
Tapi mungkin untuk penggunaan kali kedua memerlukan penambahan bahan2 lain seperti pasir, sekam, kokopeat dan sebagainya kerana tanah hitam sawit mungkin sudah menjadi keras.
Biojisim sawit :
Biojisim sawit terdiri dari tandan buah kosong ( EFB ), tempurung sawit ( PKS ), efluen kilang kelapa sawit ( POME ) & kek kernel kelapa sawit ( PKC ).
Hampir keseluruhan biojisim kelapa sawit dapat diproses termasuk untuk bidang perkebunan / pertanian.
Harga tanah hitam sawit :
Harga tanah hitam sawit bergantung kepada lokasi kilang sawit, lebih dekat lebih murah kerana tanah sawit hitam adalah berat.
Rata2 yang dijual di atas talian juga berbeza harganya tidak termasuk kos penghantaran.
Satu guni 25kg
Agak berat
Sebelum diletakkan tanah hitam sawit
Selepas diletakkan seguni tanah hitam sawit
Empat guni di batas timbun ini
Batas timbun bentuk bulat
Selepas ditambah tanah hitam sawit seguni setiap batas timbun
Video ringkas tanah hitam sawit di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) dibawah
Penggunaan tanah sebagai media tanam sayur2an terutama dikebun bandar, kebun komuniti, kebun hobi masih menjadi keutamaan.
Walaupun terdapat pelbagai teknik terkini berkaitan pertanian moden, penggunaan tanah dan baja sintetik masih sangat meluas digunakan.
Kos yang lebih murah termasuk harga tanah, baja serta peralatan berkaitan perkebunan media tanah antara faktor2 yang mempengaruhi penggunaan media tanah.
Tanah Organik & Tanah Kompos
Tanah berbahan organik atau tanah yang berasal dari bahan2 organik yang dibiarkan mereput dan terurai samada secara sendiri atau berbantu mungkin antara tanah media tanam terbaik.
Apatah lagi jika bahan2 berorganik itu juga adalah campuran samada sisa tanaman, sisa haiwan, sisa industri organik dan sebagainya.
Contoh tanah berorganik yang popular sekarang adalah tanah hitam sawit. Tanah hitam sawit terhasil dari pereputan / pengomposan sisa2 tandan & buah kelapa sawit selepas melalui proses pemerahan, yang sangat sesuai untuk hampir semua jenis pokok.
Namun begitu, mungkin perlu penyesuaian untuk semaian benih sayuran terutamanya.
Jadi, tanah organik juga mungkin dapat dikategorikan sebagai tanah kompos.
Tanah Campuran :
Seperti namanya, tanah campuran adalah campuran lebih 1 bahan iaitu tanah dan bahan2 lain seperti sekam padi, kokopeat, kompos, pasir dan lain2.
Jika diteliti lebih lanjut, tanah organik, tanah kompos dan tanah campuran yang dijual lebih kurang sama sahaja kandungannya.
Tanah organik kualiti tinggi - sesuai untuk bunga dan sayur2an
Tanah kompos 6 dalam 1 - mengandungi tanah bakar, sabut kelapa, sekam padi, pasir sungai
Tanah organik / kompos / campuran mengandungi bahan2 yang hampir sama.
Video ringkas tanah organik, tanah kompos dan tanah campuran di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ) seperti dibawah.
Bolehkah potongan rumput dihalaman rumah dijadikan media semaian atau media tanam ?
Dan jika boleh, apakah jenis tanaman yang boleh ditanam hanya menggunakan media potongan rumput semata2.
Untuk benih tumbuh memerlukan :
1. media
2. kelembapan / air
3. udara
4. suhu
Untuk anak tanaman membesar memerlukan :
1. media
2. kelembapan / air
3. udara
4. suhu
5. cahaya
6. baja / nutrien
Jadi, adakah potongan rumput dapat memenuhi keperluan diatas ?
Tidak, jika rumput segar digunakan.
Ya, jika menggunakan rumput yang sudah separuh mereput / mereput.
Jadi, apakah aturannya ?
1. letakkan rumput yang baru dipotong kedalam bekas semaian yang dilubangi secukupnya.
2. rumput ini perlu dibasahkan dan dibiarkan kering berulang kali.
3. bolak balikkan / gaulkan rumput tersebut setiap hari supaya mereput sekata
4. bila rumput mulai menghitam / lembut, bermakna semaian benih sudah boleh dibuat.
5. taburkan benih sayuran secara berselerak tidak terlalu banyak.
6. selepas ini hanya perlu kepada siraman halus sahaja setiap hari.
7. letakkan terdedah kepada cahaya tetapi terlindung dari air hujan.
8. fungsi rumput yang mulai mereput sebagai media semaian, baja kepada semaian serta membekalkan kelembapan.
9. rumput2 ini juga boleh diletakkan dalam bekas tanaman sebagai media tanaman dan perlu ditambah dari masa ke semasa.
Antara cara yang dilakukan untuk menyuburkan tanah kebun bandar yang bertanah liat yang bila panas akan keras dan padat manakala bila hujan akan lembik dan melekit.
Kesuburan tanah amat berkait dengan kelembapan tanah. Tanah yang lembab akan cepat menjadi subur berbanding tanah yang kering.
Jadi, untuk menyuburkan tanah, tanah perlulah sentiasa dilembabkan.
1. Membuat longkang dapat menambah kadar penyerapan air ke dalam tanah. Jika tiada hujan, air paip perlulah digunakan.
2. Membuat lubang berdekatan tanaman dan di masukkan air. Tanah liat jika di korek akan didapati bahagian dalam tanah berkeadaan kering, fungsi lubang untuk mendekatkan sumber air ke akar pokok.
3. Menggunakan botol yang ditanam juga dapat menolong melembabkan tanah di bahagian bawah.
4. Tanah bahagian atas boleh dikikis dan dicampur kompos serta sisa kandang dan boleh dijadikan media tanam.
Penggunaan kompos yang berterusan juga lama kelamaan dapat menyuburkan tanah. Berbagai cara pembuatan kompos dapat di lakukan.
1. Yang paling senang ialah kompos menanam iaitu tanam dan tinggal. Kompos di tanam pada jarak tertentu dan lebih baik diberi tanda untuk kemudahan kemudian hari.
2. Kompos peram dimana bahan bahan yang ingin dikompos di gaul bersama tanah didalam bekas.
21.2.17 : Kebun Bandar selepas hujan
22.3.17 : kompos hasil campuran tanah, rumput , dedaun kering, batang pisang dan juga lebihan tuaian kebun tepi rumah. Hujan dan panas secara berterusan mempercepatkan proses pengomposan.
Rumput rumpai pula perlulah dibersihkan secara berkala.