Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-RumputRumpai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-RumputRumpai. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2019

Baja Nutrien dari Rumput

Rumput yang dimaksudkan disini ialah sebarang jenis rumput rumpai ( rumput yang belum diketahui manfaat kesihatan kepada manusia ), rumput herba ( rumput yang mempunyai nilai kesihatan kepada manusia ) dan rumput hiasan ( laman rumah, padang awam, padang bola dll ).

Antara cara2 untuk kembalikan nutrien dalam rumput ke tanah dan kemudiannya di guna semula oleh tanaman ialah :

potongan rumput pada pokok pisang di batas timbun dengan dinding / penghadang

1. Sungkupan
1.1 Sungkupan ialah bahan2 yang diletakkan diatas permukaan tanah dengan tujuan utama untuk mengurangkan / menghalang pertumbuhan rumput2 yang tidak diperlukan dibatas tanaman.
1.2 Rumput2 yang dipotong / dimesin hanya perlu ditabur diatas batas atau disekitar kawasan tanaman tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
1.3 Hujan dan panas serta siraman yang dibuat akan mereputkan rumput2 tersebut dan akhirnya nutrien dalam rumput akan masuk / dikitar semula oleh organisma tanah ke dalam tanah.

2. Kompos 1
2.1 Menggunakan komposter dan di campur rumput bersama sisa kebun, sisa dapur, tanah dan sebagainya.
2.2 Perlu diaduk mungkin seminggu sekali untuk mempercepatkan proses pengomposan. Perlu di siram sekali sekala supaya lembab.

3. Kompos 2
3.1 Rumput ditanam terus dalam tanah dan dibiarkan mereput dan terurai. Struktur rumput yang halus, nipis, kecil, lembut memungkinkan penguraian berlaku lebih cepat.

4. Baja cecair 1
4.1 Rumput yang telah dipotong / mesin hanya perlu direndam dalam air sehingga hancur dan airnya disiram ke batas tanaman.

5. Baja cecair 2 ( Foliar )
5.1 Rumput, gula merah, ikan di potong kecil disusun berselangseli dalam bekas / tong. Cecair yang terhasil adalah pati baja yang boleh dicairkan dan disiram / sembur pada tanaman dan tanah.

6. Baja cecair 3 ( Rebusan )
6.1 Untuk mempercepatkan proses mengeluarkan nutrien2 dalam rumput, proses rebusan boleh dilakukan. Air rebusan disejukkan sebelum penyiraman dibuat.

7. Baja Butiran / Palet
7.1 Potong rumput -> keringkan -> hancurkan -> palletkan = baja tanaman

8.  Potong dan tinggal ( chop & drop )
8.1 Biasanya untuk ladang2, kebun2 dan kawasan yang luas dan tidak mementingkan kekemasan / keindahan dll.
8.2 Rumput2 akan dimesin dan dibiarkan mereput dan menjadi baja kepada kawasan tersebut.
8.3 Aktiviti memesin rumput perlu dibuat secara berkala dan penggunaan jentera automatik lebih berkesan.

9. Makanan ternakan
9.1 Ternakan yang makan rumput secara bebas atau rumput yang dipotong akan menghasilkan tinja yang boleh di proses / dibiarkan menjadi baja.
9.2 Baja ternakan ruminan antara baja organik terbaik untuk tanaman. Tinja lembu ( cow dung ) yang sudah cukup matang boleh dicairkan dan disiram pada tanaman.
9.3 Tinja lembu juga dapat menjadi media tanaman yang baik dan berkualiti.

10. Kombinasi cara2 diatas
10.1 Untuk rumput sawah padi yang lebih tebal, tinggi, lasak dan sebagainya, kombinasi cara2 diatas boleh dibuat.
10.2 Kaedah pengurusan sawah mungkin perlu diubah untuk menambah proses2 diatas.

Jumaat, 19 Julai 2019

Rumput Rumpai Dan Rumput Herba Di Halaman Rumah

Rumput rumpai - merujuk kepada tumbuhan jenis rumput yang belum diketahui kegunaannya sebagai herba untuk kesihatan, lebih kepada penutup bumi dan perongga tanah seperti rumput kerbau, lalang dan sebagainya.


Rumput herba - merujuk kepada tumbuhan jenis rumput yang sudah diketahui mempunyai khasiat herba seperti ara tanah, dukung anak, susu nabi, semalu dan sebagainya

Apa2 pun kepada pekebun seperti penulis, kesemua rumput adalah berguna untuk menyuburkan tanah samada sebagai campuran tanah, baja, sungkupan dan sebagainya.

Apa yang penulis dapat lihat hasil pemerhatian terhadap rumput2 dihalaman rumah ialah keupayaan rumput2 tersebut untuk hidup bersama. Setiap ruang kosong pasti akan ada jenis rumput tertentu yang akan tumbuh.

Jenis rumput berbeza pada pendapat penulis akan menggunakan jenis nutrien yang berbeza dan jenis rumput berbeza juga membekalkan nutrien berbeza kepada tanah bila sudah mati dan mereput. Kitaran ini akan lama kelamaan menyebabkan tanah semakin subur dan memungkinkan jenis tumbuhan peringkat seterusnya dapat tumbuh.

Bayangkan tanah halaman rumah yang keras dan padat, tidak dibaja pun dan bergantung kepada air hujan masih dapat menghijau rumput2nya.

Cara pertumbuhan rumput2 dihalaman rumah mengingatkan penulis kepada cara2 pokok dihutan belantara dapat tumbuh dan hidup subur tanpa ada manusia yang membaja, menyiram dan menguruskannya. Maha Suci Allah

Kesimpulan yang dapat penulis buat adalah :
1. Tidak ada rumput2 yang tidak berguna, setiap jenis rumput mempunyai peranan berbeza samada kepada manusia atau alam
2. Lain jenis rumput menggunakan dan membekalkan jenis nutrien berbeza kepada tanah, untuk mengetahui lebih lanjut maka nama setiap jenis rumput terutama nama botani perlu diketahui
3. Campuran berbagai jenis rumput2 dapat menggantikan atau mengurangkan penggunaan baja kimia dan lebih organik dan mesra alam

Ringkasan dari pemerhatian penulis :
1. Pelbagai jenis rumput = pelbagai jenis nutrien
2. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun = pelbagai jenis nutrien ( lebih )
3. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun + pelbagai jenis sisa dapur = pelbagai jenis nutrien ( lebih2x )
4. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun + pelbagai jenis sisa dapur + pelbagai jenis penggalak pertumbuhan ( plant booster ) = terbaik




Khamis, 27 September 2018

Rabu, 12 September 2018

Tuaian Rumput Lagi

Rumput di tuai / di potong untuk di gunakan semula sebagai campuran bersama tanah, sebagai sungkupan dan bahan kompos

 Daun mangga bercampur dengan rumput

Bau rumput yang baru dipotong menyegarkan

Rumput rumpai sangat cepat terurai menjadi kompos

Rabu, 1 Ogos 2018

Potong Rumput Lagi

Potong rumput untuk lebih kemas dan sebagai bahan kompos dan sungkupan




Selasa, 17 Julai 2018

Rumput Rumpai Di Halaman Rumah 5 - Phyllanthus niruri

Antara rumput rumpai yang ada di sekitar halaman rumah ialah Phyllanthus niruri


Info Wiki : https://en.m.wikipedia.org/wiki/Phyllanthus_niruri

Nama Tempatan : Herba Dukung Anak

Nama Lain : Seed Under Leaf, Stonebreaker ( English )

Tempat di jumpai : Halaman Rumah, Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia

Kandungan Nutrien & Kegunaan : https://ejournal.um.edu.my/index.php/MJS/article/view/8975






Sabtu, 14 Julai 2018

Merumput Kebun Bandar 3

Alhamdulillah, kerja merumput bahagian laman kebun selesai. Lepas ni akan ada aktiviti merumput rumput rumpai dalam pasu dan beg poli pula




Khamis, 12 Julai 2018

Rumput Rumpai Di Halaman Rumah 4 - Cyperus rotundus

Antara rumput rumpai yang ada di sekitar halaman rumah ialah
Cyperus rotundus

Info Wiki : https://en.m.wikipedia.org/wiki/Cyperus_rotundus

Nama Tempatan : Rumput Halia Hitam ?

Nama Lain : Coco Grass, Java Grass ( English )

Tempat di jumpai : Halaman Rumah, Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia

Kandungan Nutrien & Kegunaan : http://agris.upm.edu.my:8080/dspace/handle/0/6055