Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 8 Ogos 2018

Kebaikan Blog Percuma Berbanding Blog Berbayar

Bayangkan setelah bertahun2 kita menulis di blog dengan bermacam2 artikel, bermacam2 gambar telah di muat naik, berbagai rujukan telah dibuat untuk memastikan maklumat yang betul, tiba2 suatu hari blog kita tidak dapat di layari / di lihat kerana nama domain yang kita guna telah luput tarikh / expired.

Contoh seperti blog rahsiataman.com dibawah, telah expired pada 3.8.18 dan pada masa artikel ini di tulis masih belum di renew nama domainnya.


Sebenarnya kalau sekadar berblog untuk hobi, mengisi masa lapang atau untuk perniagaan sekalipun kita masih boleh menggunakan platfom / hosting percuma. Mungkin ada yang beranggapan yang blog percuma seperti blogspot.com atau wordpress.com ( dll ) tidak glamour, tetapi masalahnya disini ialah kos2 yang terlibat seperti kos nama domain dan kos hosting server yang digunakan.

Walaupun kos nama domain tahunan adalah relatif murah dan tetap tetapi kos hosting untuk data atau bandwith yang digunakan akan bertambah seiring dengan pertambahan jumlah artikel dan gambar2 yang di muat naik lama kelamaan akan menjadi sangat tinggi berbanding keuntungan hasil aktiviti berblog.

Alangkah ruginya jika artikel2 menarik, berguna dan bermutu hilang begitu sahaja. Contoh blog percuma yang menarik kerana isi yang padat dan di kemaskini setiap hari ialah blog AnimHosnan.blogspot.com iaitu Ketua Pengarah LPNM.


Walaupun begitu masih ada cara untuk mengatasi masalah di atas iaitu dengan menggunakan nama domain berbayar dengan hosting percuma seperti blog sarjani-malaysia.com.my yang menggunakan hosting percuma dari blogger.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan