Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 1 Ogos 2018

Konsep Berkebun Tanpa Pembaziran ( Zero Waste Gardening )

Konsep berkebun tanpa pembaziran atau zero waste gardening adalah berkebun secara lebih organik dengan mengguna / mengitar semula bahan2 buangan / sisa kebun.


Kesemua bahan buangan / sisa kebun dapat dimanfaatkan dengan berbagai cara. Cara paling utama ialah sebagai kompos, sebagai baja organik, sebagai penggalak tumbesaran organik, sebagai sungkupan organik serta bermacam2 lagi kegunaan.

Berkebun tanpa pembaziran atau zero waste gardening dapat juga di jalankan bersama ternakan ( ikan, ayam, kambing, lembu ) dan sebagainya.

Berkebun tanpa pembaziran juga menggunakan sumber alam yang boleh dikitar / diperbaharui seperti air hujan, angin, cahaya dan suhu.

Pendek kata berkebun tanpa pembaziran atau zero waste gardening adalah langkah awal kepada konsep pertanian permaculture, forest food & hugelculture.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan