Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 1 Ogos 2018

Kualiti vs Kuantiti Dalam Aktiviti Berkebun

Tak guna tanam banyak tapi tak dak hasil / hasil tak seberapa / tak seindah mana. Kebanyakan kita memang suka menanam / berkebun tak kira sayuran, bunga, herba atau buah2an.


Tetapi majoriti dari kita akan membiarkan kebun / pasu / beg poli tanaman dipenuhi rumput rumpai. Antara alasan yang paling popular ialah sibuk, tak dak masa.

Sebenarnya berkebun tidak perlukan masa yang banyak pun. Cuma luangkan satu jam setiap hari sudah memadai, tetapi perlulah istiqamah / konsisten.

Dalam masa satu jam itu buatlah apa yang mampu kita buat, jangan paksa diri, jangan berangan2 mat jenin atau hangat2 tahi ayam.

Buatlah perancangan untuk masa satu jam tersebut dan ikutlah perancangan yang telah dibuat.

Percayalah, bila kita berada di kebun samada kebun kampung, kebun bandar atau kebun mini atau apa kebun sekalipun, kita akan nampak banyak kerja yang perlu dibuat. Itulah pentingnya merancang dan mengikut perancangan.

Selamat berkebun




Tiada ulasan:

Catat Ulasan