Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 7 Januari 2019

18 Unsur Pemakanan Tanaman

Secara asasnya terdapat 18 unsur2 pemakanan yang diperlukan oleh tanaman atau tumbuhan untuk hidup dan membesar dengan sihat iaitu unsur utama, unsur sekunder, unsur surih dan unsur alami.


Unsur Utama ( Makro ) :

Baja kimia NPK adalah sumber paling cepat untuk membekalkan unsur2 Nitrogen, Fosforus dan Kalium kepada tanaman.


1. Nitrogen ( N )
    Fungsi : Kehijauan daun, penting pada peringkat awal pertumbuhan sehingga pembentukan daun

 2. Fosforus ( P )
     Fungsi : Kesuburan akar, penting pada peringkat tumbesaran untuk dahan dan akar

3. Kalium ( K )
    Fungsi : Tumbesaran tanaman, penting pada peringkat berbunga dan berbuah


Unsur Sekunder  ( Mikro ) :

Unsur sekunder tidak kurang pentingnya untuk kesuburan tanaman.

1. Kalsium
    Fungsi : Untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar

2. Magnesium
    Fungsi : Penting untuk pembentukan klorifil

3. Sulfur
    Fungsi : Membantu dalam pembahagian sel
   
4. Sodium
    Fungsi : Membantu metabolisma dan sintesis klorofil


Unsur Surih ( Trace Element ) :

Unsur surih diperlukan dalam jumlah yang sedikit


1. Boron
    Fungsi : Diperlukan dalam penguraian karbohidrat

2. Zink
    Fungsi : Mengaktifkan sesetengah enzim tanaman

3. Ferum
    Fungsi : Penting dalam sintesis klorofil

4. Mangan
    Fungsi : Mengaktifkan sesetengah sel tanaman

5. Klorin
    Fungsi : Membantu dalam osmosis, keseimbangan ion, metabolisma dan fotosintesis

6. Molibdenum
    Fungsi : Membantu metabolisma nitrogen

7. Kobalt
    Fungsi : Membantu mengaktifkan enzim2 tumbesaran tanaman

8. Tembaga
    Fungsi :  Membantu sel2 hijau dan enzim2


Unsur Alami :

Biasanya didapati dari udara dan air

1. Oksigen - diserap dalam bentuk O2
    Fungsi : Bahan asas dalam proses fotosintesis

2. Karbon - diserap dalam bentuk CO2
    Fungsi : Bahan asas dalam proses fotosintesis

3. Hidrogen - diserap dalam bentuk H2O
    Fungsi : Bahan asas dalam proses fotosintesis

Selain unsur2 diatas mungkin ada lagi unsur2 lain yang digunakan oleh tanaman untuk tumbuh, membesar dan memberikan hasil kepada kita ... wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan