Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 23 Mei 2019

Beza Antara Pisang Sayur ( Plantain ) Dan Pisang Makan ( Banana )

Apakah perbezaan dan persamaan antara Pisang Sayur ( Plantain ) Dan Pisang Makan ( Banana ) ?

Contoh Pisang Sayur ( Plantain ) - Pisang Tanduk
Contoh Pisang Makan ( Banana ) - Pisang Cavendish


Pisang Sayur ( PS ) - perlu di proses atau dimasak sebelum dimakan ( seperti sayuran @ cooking banana )
Pisang Makan ( PM) - biasa dimakan mentah sebagai pencuci mulut ( seperti buah- buahan @ dessert banana )

Walaupun mempunyai perbezaan tetapi tidaklah terlalu ketara secara saintifik kecuali pada rasa buah masak dan kegunaan buah masing2.

Persamaan :
1. Kedua2nya adalah buah dari keluarga tanaman yang sama ( Musa spp. )
2. Dari segi botani dan agronomi, masing2 mempunyai struktur / kaedah yang sama / hampir sama
3. Zat pemakanan / nutrien yang hampir sama ( vitamin, nutrien, fiber )
4. Manfaat kesihatan yang lebih kurang sama kerana nutrien yang hampir sama
5. PS dan PM muda mempunyai ciri2 yang sama / hampir sama

Perbezaan dari segi buah :
1. Rasa - PS masak rasa kurang manis dan kurang sedap, PM masak lebih segar, manis dan sedap
2. Kandungan - PS lebih berkanji, PM lebih bergula
3. Kegunaan - PS biasa di proses atau dimasak sebelum dimakan, PM sebagai pencuci mulut atau campuran pencuci mulut
4. Saiz - PS lebih besar dan panjang, bersegi berbanding PM yang lebih kecil, pendek dan bulat ukur lilitnya
5. Pemasaran - PS biasa dijual matang / belum masak, PM diperam atau dibiarkan separuh masak dipokok sebelum dijual
6. Kulit - PS kulit lebih tebal berbanding PM
7. Rasa PS bila dimasak mirip kepada rasa kentang daripada pisang
8. Warna kulit - PS masih hijau bila sudah masak dan bertukar kekuningan bila terlebih masak dan kehitaman bila terlalu masak, PM biasanya akan bertukar kekuningan tanda sudah masak dan sesuai di makan dan kehitaman bila terlebih masak walaupun ada PM yang masak hijau
9. Jumlah buah - PS mempunyai jumlah buah yang kurang berbanding PM tetapi bersaiz lebih besar
10. Oleh kerana PS mempunyai bunga yang kurang, ianya seolah2 tidak berjantung seperti buah pisang biasa apabila kesemua bunganya menjadi buah ( jantung pisang adalah bahagian bunga pisang yang tidak membesar menjadi buah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan