Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 27 Mei 2019

Cara Untuk Mengetahui Bila Pisang Akan Berjantung

Bergantung kepada varieti, teknik penanaman, kesuburan tanah serta jenis benih anak pisang ( tisu kultur, sulur pedang, penyukuan mata tunas ) jangkamasa pokok pisang matang akan berbeza.

Apabila pokok pisang matang, ianya akan berjantung. Tetapi bilakah dan macamana jantung pisang akan keluar menarik untuk di kaji.

Hasil pemerhatian penulis di kebun tepi rumah JomTanamSayur (JTS), didapati terdapat beberapa peringkat pertumbuhan daun pisang :

1. Peringkat anak - daun yang masih kecil dan belum berkembang sepenuhnya
2. Peringkat membesar - daun mula berkembang semaksima mungkin mengikut kadar tumbesaran pokok
3. Peringkat matang - daun2 muda akan muncul seminggu sekali dan berkembang sepenuhnya
4. Peringkat berjantung dan berbuah - daun seludang ialah daun terakhir keluar disusuli dengan jantung ( bunga ) yang akan menjadi buah. Manakala daun pelepah terakhir sebelum daun seludang keluar lebih pendek dari daun pelepah matang sebelumnya

Gambar dibawah menunjukkan fasa perkembangan keluaran jantung ( bunga )  dan tandan pisang pokok pisang renek / rendah / serendah

Oleh kerana ketinggian pokok pisang renek sekitar 5 kaki,  membolehkan pemerhatian dibuat secara dekat


18.5.19 : 2 gambar diatas menunjukkan daun pelepah terakhir sudah mula berkembang sebelum daun seludang keluar


21.5.19 : 2 gambar diatas menunjukkan daun seludang sudah keluar manakala daun pelepah terakhir sudah kembang sepenuhnya



23.5.19 : 3 gambar diatas menunjukkan  daun seludang sudah kembang sepenuhnya dan telah kelihatan bengkak pada bahagian bawahnya menandakan jantung pisang sudah mula membentuk.

Ukuran anggaran :
1. daun seludang ialah 2.5 kaki panjang x 1 kaki lebar daun ditengah
2. daun pelepah terakhir pula dalam 4 kaki panjang x hampir 2 kaki lebar daun ditengah
3. daun pelepah matang sebelumnya ialah 5.5 kaki x 2 kaki lebar daun ditengah

24.5.19 : tongkol pisang bentuk macam tongkol jagung

25.5.19 : pemerhatian jarak dekat nampak lebih jelas perubahan pada tongkol pisang tersebut

26.5.19 : tongkol pisang mulai membuka



27.5.19 : akhirnya, penantian telah berakhir, jantung besar ( bunga pisang ) telah keluar dan menunduk kearah barat ( apakah faktor yang mempengaruhi arah mana jantung pisang akan menghala ? )

Bila bunga menjadi buah dan tandan pisang semakin berat, daun seludang akan turut rebah kebawah.

Nota : pemerhatian ini dibuat keatas pokok pisang renek / rendah / serendah dan bukanlah pemerhatian secara saintifik ( hanya untuk pengetahuan dan perkongsian )




Tiada ulasan:

Catat Ulasan