Penafian :

Blog ini adalah blog peribadi untuk berkongsi ilmu pengetahuan, dapatan, hasil pemerhatian penulis berkaitan tanaman dan cara2 berkebun. Mungkin ianya berbeza dengan hasil dapatan tuan2 / puan2 kerana banyak faktor2 yang boleh mempengaruhi keputusan dan hasil pemerhatian dan kajian. Tuan2 / puan2 mestilah mendapatkan maklumat yang benar dan sahih dari agensi berkaitan untuk tujuan rasmi dan berbentuk komersial. Penulis dan blog JomTanamSayur ( JTS ) tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat penggunaan maklumat di dalam blog ini. Sebarang perkongsian samada artikel, gambar atau video digalakkan untuk diletakkan link blog ini sebagai rujukan masa depan. Terima kasih

Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 19 Jun 2019

Jantung Utama Pisang Dan Jantung Kecil / Ulam Pisang

Jantung besar / utama ialah jantung yang mula2 keluar dari pokok pisang. Jantung utama / besar mengandungi bunga betina dan bunga jantan yang dilindungi oleh kelopak jantung yang berwarna kehijauan mulanya kepada merah hati ( pisang renek ).

Bunga betina dan jantan pisang tidak perlu kepada pendebungaan ( partenokarpe ) untuk menjadi putik pisang / pisang muda. Bergantung kepada varieti pisang dan kesuburan tanah, buah pisang yang terbentuk akan berbeza bilangan sikat / sisir dan jumlah jejari / buahnya.

Ada juga beberapa sisir bunga yang hanya menjadi putik tetapi tidak membesar. Bahagian ini juga akan dibuang.

Manakala bunga yang tidak menjadi putik pisang akan tetap berada di dalam kelopak tersebut. Bahagian ini adalah jantung kecil. Jantung inilah yang biasa dibuat ulam dan sebagainya. Jantung kecil pisang juga dilindungi oleh kelopak yang berwarna merah hati.

1. Bunga -> Putik Pisang -> Buah Pisang ( bahagian yang akan dijaga sehingga masa menuai )
2. Bunga -> Putik Pisang ( bahagian antara buah pisang dan jantung kecil )
3. Bunga ( jantung ulam / kecil )

Selaput tongkol / tandan adalah selaput yang melindungi tongkol / tandan pisang. Ianya akan terbuka bila jantung utama pisang rebah ke bawah.



28.5.18 : jantung besar / utama. Kelopak pertama warna kehijauan dengan sedikit kemerahan dibahagian tepi



29.5.19 : kelopak pertama jantung besar / utama sudah menggulung ke atas


18.6.19 : buah pisang, putik pisang dan jantung kecil / ulam pisang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...