Ini termasuklah rumput rumpai / rumput herba yang mencacatkan pemandangan jika tidak dikawal serta perosak2 hidup termasuk ulat2, lintah bulan, siput babi dan sebagainya.
Antara yang paling mengganggu seorang pekebun, petani, peladang, pemilik nurseri dan sebagainya ialah siput babi.
Siput Babi atau nama saintifiknya Achatina fulica biasanya aktif pada malam hari dan selepas hujan kerana persekitaran yang sejuk, lembab dan kurangnya pemangsa.
Walaupun siput babi dianggap haiwan perosak yang slow / perlahan kerana bergerak menggunakan bahagian organ perut tetapi jangan tertipu dengan kebolehannya memusnahkan tanaman terutama anak2 semaian, pucuk2 muda dan buah2.
Apa yang biasa penulis buat ialah buat rondaan seawal pagi atau selepas hujan untuk mengutip / menuai siput babi dan lain2 haiwan perosak. Siput babi dapat dijadikan baja dengan cara :
1. Matikan haiwan perosak tersebut ( pecahkan cengkerang siput babi tersebut dan tanam di batas / batas timbun ) sebagai baja pepejal / padat.
2. Matikan siput babi tersebut dan rendam bersama2 baja hijau sebagai baja cecair ( melibatkan bau yang tidak enak )
3. Boleh juga dibakar dan abunya sebagai baja ( yang ini penulis tak buat ! )
Nota : Sesetengah tempat atau negara, siput babi atau sejenisnya mempunyai nilai tinggi untuk :
1. Lendir siput babi sebagai terapi kecantikan
2. Siput babi sebagai makanan eksotik
3. Cengkerang siput babi sebagai kraftangan
Entah kenapa tiba2 siput babi hilang entah ke mana ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan