Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 25 Ogos 2019

Tunas Bunga Dan Tunas Anak Pokok Kantan

Apakah perbezaan antara tunas yang akan menjadi bunga kantan dengan tunas yang akan menjadi anak pokok kantan ?

4 gambar dibawah ialah tunas bunga kantan





4 gambar dibawah pula ialah tunas anak pokok





Antara perbezaan yang boleh dikenalpasti ialah :
1. Warna tunas bunga lebih cerah berbanding tunas anak pokok yang lebih kehijauan
2. Bentuk tunas bunga lebih sekata / seragam ukur lilit batangnya ( seperti peluru ) dengan sedikit zigzag dan hujungnya tumpul  berbanding tunas anak pokok yang berbentuk tirus keatas ( seperti kon ) dan hujungnya tajam.
3. Tunas bunga biasa keluar dari umbisi pokok dan lebih dekat dengan pokok induk berbanding tunas anak pokok yang boleh keluar dari umbisi induk atau rizom dan lebih berjarak dari pokok induk.

Nota :
Tunas bunga keluar dari pokok matang yang subur dan berbatang lebih besar manakala pokok yang kurang subur menghasilkan lebih banyak tunas anak pokok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan