Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 8 Ogos 2019

Tuaian Pisang Tanduk Kerdil

Tanah liat halaman rumah yang padat menghasilkan pokok pisang tanduk kerdil / kecil dan berbuah hanya 3 biji. Batangnya kurus dan rendah sekitar 5-6 kaki dan daun2nya kurang lebar dan pendek sahaja.

Buahnya mempunyai ukur lilit sekitar satu genggam dan panjang sekitar satu jengkal lelaki dewasa. Warna buahnya hijau muda kerana naungan pokok ceri kampung ataupun kekurangan nutrien dan mempunyai berat sekitar 420gm sebiji.

Pokok ini juga menghasilkan 2 sulur air yang juga kerdil bentuknya. 2 sulur pisang tanduk telah selamat ditanam dibatas timbun ubi keledek.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan