Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 10 Oktober 2020

Tuaian Pisang Tanduk Batas Timbun

Ada 3 pokok pisang tanduk dikebun JomTanamSayur ( JTS ). Dua sudah dituai / ditebang iaitu pokok no.2 dan no.3.

Pokok no.1 yang akan dituai ini adalah pokok pertama dialihkan ke batas timbun tetapi menjadi pokok terakhir berjantung.

Apakah faktor2 yang mempengaruhi cepat atau lambatnya pokok pisang tanduk berjantung ?


1. Kesuburan tanah

1.1 tanah subur

1.2 tanah kurang subur

1.3 tanah tidak subur


2. Pembajaan

2.1 sintetik sepenuhnya

2.2 sintetik + organik

2.3 organik sepenuhnya


3. Penyiraman

3.1 manual

3.2 semi auto / auto

3.3 air hujan, embun, air tanah


4. Kandungan bahan organik

4.1 jenis bahan organik

4.2 struktur bahan organik


5. Cuaca 

5.1 musim hujan

5.2 musim panas

5.3 hujan + panas


6. Teduhan

6.1 dengan teduhan

6.2 tanpa teduhan


7. Jarak tanaman

7.1 tanaman tunggal

7.2 tanaman selingan


8. Penjagaan

8.1 pokok

8.2 rumput rumpai

8.3 perosak

8.4 penyakit


9. Jenis sulur

9.1 sulur air

9.2 sulur pedang

9.3 sulur tisu


10. Lokasi tanaman

10.1 tanah rata

10.2 bukit


11. Sungkupan

11.1 jenis bahan sungkupan

11.2 cara aplikasi


12. Tekstur tanah

12.1 liat

12.2 lempung / loam

12.3 pasir


13. Struktur tanah

13.1 granular

13.2 blok

13.3 prismatik

13.4 kolumnar

13.5 berlapis

13.6 butiran tunggal


14. Angin

14.1 kelajuan angin

14.2 jangkamasa berangin


15. Teknik penanaman

15.1 tradisi

15.2 batas timbun


Pokok yang kurus dan perlu di tongkat

Baru 3 bulan dari jantungnya rebah

Dah ada yang merekah dan warna kulit sudah bertukar kuning

Buah yang besar dan panjang

2 sikat dan 12 biji buahnya

Isinya bewarna keorengan

Hampir 1 kaki panjangnya

Video sekitar aktiviti penuaian pisang tanduk di batas timbun kebun JomTanamSayur ( JTS ).


Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan