Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 25 Oktober 2020

Sulur Pisang : Beberapa Persoalan & Kesimpulan

Beberapa persoalan muncul bila penulis blog JomTanamSayur ( JTS ) melihat2 sulur pisang ataupun anak pisang dikebun bandar tepi rumah.

Terdapat 4 jenis pokok pisang yang ada setakat ini. Pisang nangka, pisang serendah, pisang tanduk dan pisang 40 hari.


Sulur pisang nangka


Sulur pisang 40 hari


Sulur pisang serendah


Sulur pisang tanduk


Antara persoalan2 yang timbul adalah :

1. Cara kenal pasti jenis2 pokok pisang terutama semasa masih kecil ? Adakah tanda2  tertentu atau corak tertentu yang dapat membezakan lain2 jenis pisang ?

2. Bagaimana menentukan umur pokok pisang ? Adakah melihat ketinggian atau diameter batangnya ? Atau bilangan daunnya ?

3. Jangkamasa tuaian buah pisang. Bagaimanakah pengiraannya ? Adakah dikira bermula pada hari jantung pisang rebah ? Bagaimana untuk skala besar ?

4. Bagaimana untuk tahu berapa banyak sisir dan jejari buah yang akan terbentuk ?


Ada beberapa kesimpulan yang dapat penulis buat berdasarkan sedikit pengalaman menanam beberapa pokok pisang di halaman tepi rumah, antaranya :

1. Pokok pisang sangat responsif / bertindakbalas dan boleh dijadikan penanda aras terhadap ;

1.1 kelembapan tanah & penyiraman

1.1.1 kelembapan yang mencukupi atau tidak akan ditunjukkan oleh kesegaran atau tidak keseluruhan atau sebahagian bahagian2 pokok pisang.

1.2 kesuburan tanah 

1.2.1 tanah subur - menghasilkan semua sulur pedang, cepat berjantung dan jantungnya besar, sisir yang banyak, buah yang besar dan banyak.

1.2.2 tanah sederhana subur - menghasilkan campuran sulur pedang dan sulur air, jantung sederhana besar dan agak lambat keluar, sisir yang kurang, buah yang lebih kecil dan kurang.

1.2.3 tanah tidak subur - menghasilkan semua sulur air, jantung yang lebih kecil dan lambat keluar, sisir yang sedikit, buah yang kecil dan sangat sedikit.

1.3 pembajaan - pembajaan yang betul akan dapat dilihat pada tumbesaran dan kematangan pokok pisang.

1.4 kesan racun - racun rumpai terutamanya akan memberi kesan terhadap pokok pisang secara terus.

1.5 teduhan - pokok yang dinaungi akan lebih tinggi tetapi lambat berjantung.

1.6 bahan2 organik - akar pokok pisang dari jenis akar serabut yang besar dan sangat sesuai dengan bahan kompos organik dan bahan sungkupan organik.

2. Pokok pisang adalah " partenokarpi " iaitu pokok pisang akan tetap berbuah, cuma jangkamasa berjantungnya, bilangan sisirnya, saiz dan bilangan jejari buahnya akan berbeza mengikut faktor2 diatas.

3. Walaupun begitu rasa pisang jenis yang sama tetap sama. Adakah pokok pisang akan berkompromi dengan pelbagai keadaan diatas supaya rasanya tetap sama ?

4. Faktor2 diatas akhirnya akan memberi kesan terhadap kemampuan pokok pisang melawan penyakit. Sebenarnya adalah fungsi organisma baik dalam tanah yang menguasai sekitaran dan mengawal populasi organisma jahat.


Selamat berkebun ... sentiasa sihat ...

#JomTanamSayur

#Pisang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan