Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 16 November 2020

Bina Semula Batas Timbun ( Raised Bed ) Rumpun Pokok Kantan

Dinding batas timbun ( raised bed ) rumpun pokok kantan di kebun JomTanamSayur ( JTS ) sudah terburai.

Rumpun pokok kantan yang makin subur dan terus membiak membentuk rumpun2 baru.

Batas timbun ( raised bed ) dengan dinding memudahkan bahan2 organik sisa kebun diletakkan tanpa berselerak.

Batas timbun ( raised bed ) juga dapat mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.

Pokok kantan termasuk keluarga lengkuas dan halia

Ianya berbunga sepanjang tahun di Malaysia

Membiak dari rizom tunas pokok yang membentuk rumpun kantan yang baru

Mempunyai pelbagai kegunaan tetapi lebih terkenal kerana kegunaan bunganya 

Setelah dinding baru dibuat, laluan bekerja lebih kemas dan selesa

Antara rumpun dan pokok kantan yang telah dipotong

Perhatikan yang tunas bunga menghala keatas manakala tunas pokok menghala ke bawah terlebih dahulu untuk membentuk pokok baru dan berakar sebelum muncul di permukaan tanah

Video dibawah adalah proses membina semula dinding batas timbun ( raised bed ) rumpun pokok kantan


Semoga bermanfaat dan selamat berkebun 

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Kantan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan