Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 25 November 2020

Perkembangan Pokok Betik | Papaya Growth Progress

Melihat perkembangan pokok betik di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).

Dari biji benih buah betik dwijantina yang disemai telah menghasilkan 3 jenis pokok betik :

1. Betik jantan                               

2. Betik betina

3. Betik dwijantina / hermafrodit

Kalau tahu nisbahnya, kita mungkin dapat mengesan jenis pendebungaan yang berlaku kepada bunga yang membentuk buah tersebut secara lebih tepat insyaAllah.

Jenis pendebungaan bunga betik :

1. Sendiri

2. Kacuk

Nisbah Penghasilan Jenis Biji Benih Betik :

1. Pokok betina + pokok jantan  ( menghasilkan 50% betina + 50% jantan )

2. Pokok betina + pokok dwijantina ( menghasilkan 50% betina + 50% dwijantina )

3. Pokok dwijantina + pokok jantan ( menghasilkan 1/3 betina + 1/3 dwijantina + 1/3 jantan )

4. Pokok dwijantina + pokok dwijantina ( menghasilkan 2/3 dwijantina + 1/3 betina )

Berdasarkan pemerhatian di kebun JomTanamSayur ( JTS ) berkemungkinan besar biji benih yang digunakan terhasil dari bunga betik dwijantina yang didebungakan oleh debunga betik jantan .... wallahuaklam.

Betik dwijantina atau hermafrodit - sudah berputik cuma putiknya belum lekat

Belum berbunga

Belum berbunga

Belum pasti jenis bunganya

Betik betina

Betik betina dengan buah yang sudah matang

Betik dwijantina atau hermafrodit - buahnya berbentuk lonjong dan putiknya berbentuk seperti tanduk

Ada 6 pokok betik disini. Sepokok betik jantan dan lagi 5 belum berbunga.

Ladang2 komersial hanya akan mengekalkan jenis betik dwijantina atau hermafrodit dan membuang betik jantan dan betik betina untuk mendapatkan kualiti buah betik terbaik.

Video dibawah adalah gambaran lebih jelas berkaitan tajuk diatas :


Semoga bermanfaat ...
Selamat berkebun & bye ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Betik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan