Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 13 November 2020

Tanam Semula Sulur Pisang 40 Hari ( Pisang Boyan )

Satu anak / sulur pisang 40 hari telah dialihkan ke tepi pagar kebun JomTanamSayur ( JTS ).

Pisang 40 hari juga dikenali sebagai pisang boyan, pisang bulin, pisang mantan dll.

Dinamakan 40 hari kerana dikatakan pisang ini akan masak setelah 40 hari jantungnya keluar atau rebah / tunduk.

Teruja juga nak tengok bentuk dan fisiologi pisang 40 hari ini.


Macam pisang serendah rupanya ...

Banyak sulur pedangnya 

Sulur kecil senang diambil berbanding sulur yang sudah besar

Tepi pagar yang dijadikan tempat menanam kompos sisa dapur

Selamat ditanam ditepi pagar ... alhamdulillah ...

Selamat berkebun dan sentiasa sihat ya ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan