Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Hidroponik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidroponik. Papar semua catatan

Khamis, 22 Julai 2021

Span Khas Hidroponik Dan Kegunaannya Di Kebun Bandar

Span atau busa biasanya identik dengan perkataan cuci terutama di dapur.

Tetapi bolehkah span digunakan sebagai salah satu alatan dalam bidang perkebunan?

Sebelum penggunaan span semakin popular terutama dalam sistem hidroponik dan aquaponik, penggunaan rockwool dianggap penyelesaian terbaik untuk menggantikan media2 tradisional seperti tanah campuran, kokopeat dan sebagainya.

Walaupun rockwool mempunyai pelbagai kelebihan namun faktor harga yang lebih mahal adalah kekangan utama terutama di kebun2 bandar atau kebun hobi di rumah.

Oleh sebab itulah pengganti kepada rockwool yang lebih murah dan senang didapati dicari.

Hasilnya, penggunaan span biasa dicuba dan setelah ternyata mempunyai kebolehan yang hampir sama dengan fungsi rockwool, span terus digunakan.

Akhirnya span khas untuk sistem hidroponik dan akuaponik pun tercipta dengan ciri2 siap dilubangi dan siap dipotong.

Harga span khas hidroponik juga lebih murah berbanding rockwool dan senang didapati.

Selain span khas hidroponik, span biasa, benang dan perca2 kain juga dapat digunakan sebagai media semaian biji benih. Yang penting ialah bahan2 ini dapat menyerap cairan ( air atau baja ) dengan baik.

Beli online saja, dibungkus dgn baik

Sekeping RM5 ( 100 unit ( 2.5 cm x 2.5cm x 2.5 cm ))

Siap dilubangi dan dipotong

Ada banyak design, bentuk dan warna


Video ringkas tentang Span Hidroponik di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Span
#Sponge
#Hidroponik
#Hydroponic

Isnin, 1 Jun 2020

Ikan Gapi dalam Takung Hidroponik

Enam ekor ikan Gapi ( 3 pasang ) telah dibeli dan dimasukkan kedalam takung hidroponik. Sebagai langkah berjaga2 dengan kemungkinan pembiakan nyamuk berlaku.

Musim hujan dan air hujan yang masuk kedalam takung hidroponik menyebabkan kepekatan air baja hidroponik berkurang yang tidak baik untuk tanaman.




Sabtu, 11 Januari 2020

Takung Hidroponik Sebagai Tempat Semaian

Hidroponik Takung dengan konsep 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai boleh disesuaikan ( adjust ) menjadi tempat semaian anak benih untuk ditanam di batas timbun ( raised bed ).

Lubang pada penutup takung ( styrofoam ) perlu ditambah untuk mendapatkan lebih ruang semaian biji benih. Penggunaan span ( sponge ) yang dipotong sebagai media kepada biji benih lebih mudah dan jimat. Air baja hidroponik perlu di gunakan dari mula semaian dibuat untuk mempercepatkan pertumbuhan anak tanaman.

Takung hidroponik semaian perlu diletakkan ditempat yang kena cahaya matahari tetapi terlindung dari timpaan air hujan. Bila semaian sudah agak besar, bolehlah dialihkan ke batas timbun ( raised bed ), dan takung bolehlah digunakan semula untuk semaian benih tanaman yang baru.

Dari 8 lubang ditambah menjadi 15 lubang

Hari semaian, menggunakan span sebagai media tanam

Seminggu lepas semaian

Dua minggu lepas semaian

Tiga minggu lepas semaian, antara 2-3 minggu lepas semaian adalah masa sesuai untuk pemindahan ke batas timbun

Menggunakan baja hidroponik dari Kazz Hidroponik

Ahad, 29 Disember 2019

Perancangan blog JomTanamSayur ( JTS ) untuk 2020

Alhamdulillah dan InsyaAllah tahun masihi 2019 akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Semoga kita semua lebih dewasa dengan ujian dan nikmat Allah swt hendaknya.

Batas timbun tanpa dinding

 Batas timbun berdinding

Semaian benih menggunakan takung & baja hidroponik

Sistem aquaponik yang lengkap ( murrayhallam.com )

Antara perancangan untuk tahun 2020 adalah untuk :

1. tambah baik sistem batas timbun
2. sistem semaian benih menggunakan takung hidroponik / baja hidroponik
3. melihat kesesuaian sistem akuakultur dimana air sisa tinja ikan / sisa makanan ikan sebagai air baja batas timbun.
4. beberapa ujikaji / percubaan akan terus dibuat untuk tambah baik kebun dan sistem perkebunan

Semoga terus mendapat kejayaan dan keberkatan dari Allah swt hendaknya. Aamiin ya rabbal alamiin.

Selasa, 15 Mei 2018

Masalah Pokok Cili Api

Pokok cili api sistem hidroponik sumbu ada sedikit masalah iaitu daun kekuningan dan gugur setelah pokok makin besar. Mungkin bacaan EC larutan baja ada masalah.




Sabtu, 28 April 2018

Tuaian Cili Api Akar

Tuaian dari 3 pokok cili api akar sistem hidroponik sumbu. Tiada afid yang kelihatan cuma banyak buah cili api yang di sengat lalat buah.





Ahad, 22 April 2018

Cili Api Akar dan Bara Hidroponik

Perkembangan yang baik, cili api akar sudah banyak buahnya, cili bara pun sudah mulai berbunga cuma air hujan telah mencairkan baja hidroponik dalam botol takung







Selasa, 17 April 2018

Penambahbaikan Sistem Hidroponik Sumbu Botol Air

1. Cawan kitar semula bertutup digunakan - supaya pokok lebih stabil dan mengurangkan kemasukan air hujan yang akan mencairkan kepekatan larutan baja

2. Botol dan cawan dicat warna gelap - mengurangkan / mengelakkan pertumbuhan alga

3. Sedikit garisan menegak pada botol tidak dicat - memudahkan pemantauan isipadu larutan baja

4. Lubang untuk penambahan air baja dibuat - memudahkan pengisian larutan baja dan mengurangkan stress pada pokok



17.4.18 :

24.4.18 :

Ahad, 8 April 2018

Alga Pada Takung Baja Hidroponik

Menggunakan takung / reservoir dari botol air mineral yang lutsinar dan statik ( tanpa pam ) memudahkan pertumbuhan alga. Persoalannya ialah adakah alga ini memudaratkan tumbuhan serta merencatkan hasil dari tumbuhan tersebut? Jom semak !

Kitaran masalah
1. Alga -> Bakteria Fusarium
2. Alga akan mula kelihatan selepas 2 minggu botol / takung didedahkan kpd cahaya
3. Alga akan melekat kepada sumbu serta akar tanaman serta bahagian dalam botol air dan turut menyerap nutrisi. Kandungan nutrisi terganggu dan bertambah terganggu dengan bertambahnya alga.
4. Akar tanaman yang diselaputi alga tidak dapat berfungsi dgn efisien
5. Tanaman akan bermasalah dari segi tumbesaran (  penghasilan pucuk, tunas, bunga dan buah )
6. Akar akan mula membusuk, bakteria fusarium akan membiak
7. Akar akan mati, air baja menjadi busuk dan pokok juga akan turut mati





Kemungkinan cara penyebaran alga
1. Air
2. Udara
3. Bahan / media tanaman yang sudah dijangkiti

Cara pembiakan / sebab tumbuhnya alga
1. Botol plastik lutsinar, cahaya dapat masuk
2. pH larutan baja pada skala melebihi 7
3. Suhu yang turun naik / malam & siang
4. Air yang bertakung

Kesan alga kepada baja
1. Kandungan nutrisi baja akan terganggu
2. Meningkatkan kos baja

Kesan alga kepada tumbuhan
1. Kadar tumbesaran akan mengalami gangguan
2. Gangguan kepada pengurusan tanaman

Kesan kepada hasil
1. Mungkin tiada hasil jika rawatan tidak dilakukan
2. Hasil tidak seragam

Cara mengurangkan / mengelakkan alga
1. pH larutan baja di pastikan sekitar 5.8-6
2. EC larutan baja pada 1500-2000 ppm
3. Botol plastik di cat gelap
4. Akar tanaman di bilas / disembur dengan air bersih untuk mengurangkan alga
5. Setiap kali pusingan penanaman, sumbu dan takung air perlu dibersihkan
6. Menambahkan hidrogen peroksida dalam larutan baja ?

Kesimpulan
Kaedah penanaman yang betul amat penting untuk mengelakkan kegagalan penuaian. Kos baja hidroponik adalah tinggi, oleh itu sebarang gangguan kepada baja hanya alan menambahkan kos pengeluaran tanaman.


Sabtu, 7 April 2018

Pindahkan Tomato Besar Klon Ke-3,4,5,6,7

Daripada 6 keratan batang tomato yang direndam pada 2.4.18, 5 sudah berakar dan dipindahkan ke sistem hidroponik bekas botol air.


7.4.18 :

12.4.18 :


18.4.18 :

Isnin, 2 April 2018

Klon Tomato Lagi

Setelah 2 kali klon cara rendaman dengan air berhasil keratan batang tomato besar berakar, sebanyak 6 lagi keratan dibuat cara yang sama.

Yang ini juga insyaAllah jika berakar akan dipindahkan ke sistem hidroponik sumbu. Tak sabar nak tengok pokok tomato yang menjadi kerdil / dwarf dan berbuah besar.




Ahad, 1 April 2018

Pindahkan Tomato Klon Ke-2

Tomato besar hasil klon keratan batang dengan rendaman, sudah berakar dan dipindahkan ke sistem hidroponik sumbu bekas botol air mineral.


1.4.18 :

12.4.18 :

Jumaat, 30 Mac 2018

Cili Api Akar dan Bara Hidroponik

3 pokok cili api akar dalam sistem hidroponik sumbu sudah berbunga dan berputik buah manakala 3 pokok cili api bara baru nak recover setelah digantikan dengan takung baja lebih besar.






30.3.18 :






15.4.18 :






20.4.18 :