Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Semaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semaian. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Januari 2020

Takung Hidroponik Sebagai Tempat Semaian

Hidroponik Takung dengan konsep 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai boleh disesuaikan ( adjust ) menjadi tempat semaian anak benih untuk ditanam di batas timbun ( raised bed ).

Lubang pada penutup takung ( styrofoam ) perlu ditambah untuk mendapatkan lebih ruang semaian biji benih. Penggunaan span ( sponge ) yang dipotong sebagai media kepada biji benih lebih mudah dan jimat. Air baja hidroponik perlu di gunakan dari mula semaian dibuat untuk mempercepatkan pertumbuhan anak tanaman.

Takung hidroponik semaian perlu diletakkan ditempat yang kena cahaya matahari tetapi terlindung dari timpaan air hujan. Bila semaian sudah agak besar, bolehlah dialihkan ke batas timbun ( raised bed ), dan takung bolehlah digunakan semula untuk semaian benih tanaman yang baru.

Dari 8 lubang ditambah menjadi 15 lubang

Hari semaian, menggunakan span sebagai media tanam

Seminggu lepas semaian

Dua minggu lepas semaian

Tiga minggu lepas semaian, antara 2-3 minggu lepas semaian adalah masa sesuai untuk pemindahan ke batas timbun

Menggunakan baja hidroponik dari Kazz Hidroponik

Selasa, 9 April 2019

Batas Timbun Sebagai Tapak Semaian

Batas timbun yang berdinding atau berpenghadang menjadikan kawasan penanaman berbeza dari kawasan berjalan atau bekerja. Ketinggian batas timbun sekitar 1 kaki juga menjadikan batas timbun menyerlah berbanding kawasan lain.


Kelebaran batas timbun sekitar 3 kaki akan memudahkan proses berkebun tanpa terlalu memaksa diri untuk mencapai kesemua arah pada batas timbun.


Ini menjadikan tanah pada batas timbun lebih longgar kerana langsung tidak dipijak, memudahkan akar2 tanaman bergerak mencari air dan nutrien.


Tanah yang longgar juga mudah diurus seperti mengorek, menanam, merumput dan sebagainya. Dan yang lebih penting ialah, tanah yang longgar memudahkan hidupan dalam tanah hidup dan bekerja menyuburkan tanah seperti bakteria, nematod, fungi, antropod, cacing dan sebagainya.

Bila sudah ada batas timbun yang sesuai, kita boleh jadikan batas timbun sebagai kawasan atau tapak  semaian. Benih2 boleh terus ditabur dan bila sudah tumbuh dan sesuai boleh dipindahkan kebatas timbun lain atau bekas lain.

Bila tanaman boleh tumbuh dengan baik di batas timbun, kita cuma perlu pastikan baja berkualiti diberi kepada pokok untuk mendapat tuaian yang terbaik.

Rabu, 31 Januari 2018

Perkembangan Semaian Tomato Ceri, Cili dan Terung

Tomato ceri dari sebiji buah yang di potong dan disemai sudah tumbuh dengan banyaknya. Terung telunjuk juga belum kelihatan. Cili api akar dan bara sudah tumbuh, cili besar tidak kelihatan anaknya.





Rabu, 10 Januari 2018

Bekas Semaian Beroda

Untuk memudahkan pergerakan bekas semaian samada perlukan tempat redup atau bercahaya, roda telah dipasang menjadikan bekas semaian beroda satu kemudahan pekebun bandar



10.1.18 :

17.1.18 :

18.1.18 :

22.1.18 :

Selasa, 12 Disember 2017

Semaian Hari Ini

Semaian hari ini dalam NR1 ialah kobis, salad, sawi hijau, sawi putih, sawi kerinting, terung dan bayam









Rabu, 12 April 2017

Semaian Hari Ini

Antara yang sempat di semai hari ini dalam beg poli






12.4.17 : serai, bunga melur, puding belacan, malberi serta ubi kayu pulut. Lebihan tanah disimpan dalam beg poli.





25.4.17 : KTR



2.5.17 : KTR


16.5.17 : KTR