Antara cara2 untuk kembalikan nutrien dalam rumput ke tanah dan kemudiannya di guna semula oleh tanaman ialah :
potongan rumput pada pokok pisang di batas timbun dengan dinding / penghadang |
1. Sungkupan
1.1 Sungkupan ialah bahan2 yang diletakkan diatas permukaan tanah dengan tujuan utama untuk mengurangkan / menghalang pertumbuhan rumput2 yang tidak diperlukan dibatas tanaman.
1.2 Rumput2 yang dipotong / dimesin hanya perlu ditabur diatas batas atau disekitar kawasan tanaman tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
1.3 Hujan dan panas serta siraman yang dibuat akan mereputkan rumput2 tersebut dan akhirnya nutrien dalam rumput akan masuk / dikitar semula oleh organisma tanah ke dalam tanah.
2. Kompos 1
2.1 Menggunakan komposter dan di campur rumput bersama sisa kebun, sisa dapur, tanah dan sebagainya.
2.2 Perlu diaduk mungkin seminggu sekali untuk mempercepatkan proses pengomposan. Perlu di siram sekali sekala supaya lembab.
3. Kompos 2
3.1 Rumput ditanam terus dalam tanah dan dibiarkan mereput dan terurai. Struktur rumput yang halus, nipis, kecil, lembut memungkinkan penguraian berlaku lebih cepat.
4. Baja cecair 1
4.1 Rumput yang telah dipotong / mesin hanya perlu direndam dalam air sehingga hancur dan airnya disiram ke batas tanaman.
5. Baja cecair 2 ( Foliar )
5.1 Rumput, gula merah, ikan di potong kecil disusun berselangseli dalam bekas / tong. Cecair yang terhasil adalah pati baja yang boleh dicairkan dan disiram / sembur pada tanaman dan tanah.
6. Baja cecair 3 ( Rebusan )
6.1 Untuk mempercepatkan proses mengeluarkan nutrien2 dalam rumput, proses rebusan boleh dilakukan. Air rebusan disejukkan sebelum penyiraman dibuat.
7. Baja Butiran / Palet
7.1 Potong rumput -> keringkan -> hancurkan -> palletkan = baja tanaman
8. Potong dan tinggal ( chop & drop )
8.1 Biasanya untuk ladang2, kebun2 dan kawasan yang luas dan tidak mementingkan kekemasan / keindahan dll.
8.2 Rumput2 akan dimesin dan dibiarkan mereput dan menjadi baja kepada kawasan tersebut.
8.3 Aktiviti memesin rumput perlu dibuat secara berkala dan penggunaan jentera automatik lebih berkesan.
9. Makanan ternakan
9.1 Ternakan yang makan rumput secara bebas atau rumput yang dipotong akan menghasilkan tinja yang boleh di proses / dibiarkan menjadi baja.
9.2 Baja ternakan ruminan antara baja organik terbaik untuk tanaman. Tinja lembu ( cow dung ) yang sudah cukup matang boleh dicairkan dan disiram pada tanaman.
9.3 Tinja lembu juga dapat menjadi media tanaman yang baik dan berkualiti.
10. Kombinasi cara2 diatas
10.1 Untuk rumput sawah padi yang lebih tebal, tinggi, lasak dan sebagainya, kombinasi cara2 diatas boleh dibuat.
10.2 Kaedah pengurusan sawah mungkin perlu diubah untuk menambah proses2 diatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan