Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 19 Januari 2017

Beli Tanah Untuk Berkebun ?

Tak ada masalah beli tanah untuk berkebun jika memang tiada tanah di sekitar rumah.

Kalau ada tanah boleh gunakan tanah tersebut. Tanah yang selalu disiram, ditumbuhi rumpai lama kelamaan akan subur.

Caranya dengan menyangkul atau mengikis tanah bahagian atas, asingkan rumput rumpai, daun daun yang belum mereput, kayu kayu, batu dan sebagainya.

Tanah ini bolehlah di campurkan dengan kompos serta baja dan boleh digunakan. Tanah juga boleh didedahkan kepada panas matahari jika perlu untuk mematikan patogen patogen yang tidak perlu.

Jom Tanam Sendiri Sayuran di Kebun Bandar

1 ulasan: